Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Saharuddin Ibrahim yang maut ditembak di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata pasukan itu diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin bagi menyiasat dan memburu suspek pembunuhan itu.
"Siasatan sedang dijalankan...saya akan pastikan siasatan akan dijalankan secara terperinci dan kita akan mencari mereka yang bertanggungjawab itu.
"Hasil siasatan awal mendapati dua lelaki menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang dinaiki mangsa bersama pemandunya itu," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra anggota keselamatan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Markas Briged Utara Hulu Kinta di sini hari ini.
Dalam insiden kira-kira 8.15 pagi itu, Shaharuddin maut akibat ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan.
Ismail berkata sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dilakukan namun beberapa individu telah dipanggil untuk membantu siasatan.
Beliau berkata hasil siasatan awal, polis mengenal pasti beberapa motif kejadian itu namun masih terlalu awal untuk dihebahkan.
Katanya, mangsa dipercayai terkena tembakan di leher, kepala dan sebelah kiri badan, bagaimanapun perlu tunggu laporan bedah siasat.
Beliau turut menafikan kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan pilihan raya dan mengingatkan orang ramai terutamanya di Putrajaya agar jangan gusar dengan keselamatan di kawasan itu.
"Ini kejadian berasingan, tiada kaitan dengan pilihan raya...ia merupakan satu jenayah pembunuhan ke atas pegawai penguatkuasa undang-undang.
"Kita tidak boleh terima kejadian ini di mana pegawai penguatkuasa menjadi mangsa dan seolah-olah untuk menakutkan dan mencabar keberkesanan pihak penguatkuasa menjalankan tugas," katanya.
Beliau berkata polis akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasa undang-undang yang lain seperti kastam dan imigresen bagi mengumpul maklumat, seterusnya menjejak suspek.
Katanya, kejadian pembunuhan itu tidak akan sesekali melemahkan semangat semua pegawai penguatkuasa undang-undang, malah akan dijadikan cabaran dalam menjalankan tugas.
Ismail turut meminta orang ramai yang melihat kejadian tersebut atau mempunyai sebarang maklumat agar tampil menghulurkan maklumat di mana-mana balai polis.
Bernama
Fri Apr 26 2013
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
PDRM umum pertukaran 21 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 21 pegawai kanannya berkuat kuasa 16 Dis ini.
JSPT serius tangani kemalangan libatkan kenderaan perdagangan
168 kes kemalangan termasuk 97 maut, 32 parah dan 39 ringan bagi kenderaan perdagangan, manakala 16 kes melibatkan kenderaan perkhidmatan direkodkan sepanjang Januari hingga September tahun ini.
Polis siasat tindakan khatib sebuah masjid kupas isu beri kewarganegaraan kepada rakyat China
Perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu ‘keras’, ini jawab Shuhaily…
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu keras, ini jawab Shuhaily
Hina Agong: Iswardy Morni diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang aktivis membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Agong.
Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.
Isu sijil halal: Teresa Kok selesai beri keterangan di Bukit Aman
Teresa tinggalkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas keterangannya direkodkan lebih sejam 30 minit.
Isu sijil halal: Teresa Kok tiba di Bukit Aman untuk beri keterangan
Teresa ditemani peguam Syahredzan Johan tiba kira-kira pukul 9.42 pagi.
Penjawat awam dipercayai dalang edar dadah antara 10 ditahan
Dadah yang dirampas itu mampu menanggung penggunaan 30,000 penagih dadah.