Siasatan awal polis mendapati, bom buatan sendiri digunakan dalam kejadian letupan bom yang meragut nyawa seorang kerani sekolah di Taman Seri Periuk, Tumpat, Kelantan, pada Ahad.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, serpihan bom berkenaan dihantar ke Jabatan Kimia untuk mengenal pasti jenis bom serta kandungannya.
Menurutnya, satu pasukan khas turut dibentuk bagi menyiasat kejadian itu, diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat.
“Pihak kami telah menubuhkan satu pasukan siasatan untuk kami menyelesaikan kes ini secepat mungkin. Saya meminta kepada orang ramai jangan khuatir, ianya kes terpencil dan keadaan dan keselamatan terkawal,” katanya kepada pemberita.
Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di Kota Bahru, beliau berkata, siasatan kini menjurus kepada motif kejadian, khususnya mengenal pasti sasaran sebenar bom berkenaan.
Ini jelasnya kerana, ketika kejadian itu terdapat sembilan lelaki dewasa berada di rumah berkenaan, termasuk mangsa, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32.
Beliau turut mengesahkan, hanya satu bom meletup di dalam kejadian itu, bukannya dua bungkusan bom seperti dilaporkan sebelum ini.
Sementara itu, jenazah Mohd Yusrizal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung kenor, Kuala Krai, kira-kira jam 12.30 malam, pada ahad.
Astro Awani
Tue Aug 13 2013


Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Polis sahkan seorang OKT meninggal di lokap balai polis
Menurut Ketua Polis Kelantan, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.

Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.

Tiada bukti kaitkan guru dengan kes pedofilia di MRSM Tumpat - Polis
Tiada bukti dapat dikaitkan dengan seorang guru berhubung dakwaan berlaku kes pedofilia di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.

Institusi keluarga kukuh berperanan bendung remaja terlibat jenayah - Ketua Polis Kelantan
Institusi kekeluargaan yang kukuh memainkan peranan penting bagi membendung remaja terlibat dengan masalah sosial dan jenayah.

Lelaki warga Thailand ditahan bersama 11.845 kg pil yaba
Polis menahan seorang lelaki warga Thailand bersama 11.845 kilogram (kg) pil yaba bernilai RM651,475 di Jalan Kuala Krai-Tunjong, malam tadi.

Jenayah kekerasan paling tinggi berlaku di Kelantan - Polis
Jenayah kekerasan sehingga melibatkan kecederaan merupakan jenayah paling tinggi berlaku di Kelantan.

Lebih 100 sekolah di Kelantan mohon khidmat pengiring keluarkan BAP
Lebih 100 sekolah di Kelantan membuat permohonan bagi mendapatkan khidmat pegawal pengiring bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku ketika mengambil wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Pelajar sekolah antara ditahan bantu siasatan penemuan dadah lebih RM1.4 juta
Seorang pelajar tingkatan empat antara empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes penemuan ketamin seberat 25.5 kilogram bernilai lebih RM1.4 juta di Kampung Laloh, Kuala Krai.

Banjir Kelantan: Kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh tangga
Kanak-kanak lelaki berusia setahun tiga bulan ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika berada di kawasan tangga rumahnya.

Mat rempit di Kelantan meningkat 49 peratus
Remaja berusia 17 tahun ke bawah paling ramai terlibat dengan aktiviti itu.