KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan empat antara empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes penemuan ketamin seberat 25.5 kilogram bernilai lebih RM1.4 juta di Kampung Laloh, Kuala Krai, Jumaat lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata rampasan dilakukan susulan pihaknya menerima laporan daripada penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan yang ternampak kereta jenis Perodua Myvi berhenti secara tergesa-gesa sejauh 200 meter dari sekatan jalan raya yang dilakukan di kampung itu.
"Pemandu dan penumpang kereta itu bertindak melarikan diri manakala pemeriksaan pada but kenderaan yang ditinggalkan itu menemukan 26 peket plastik lut sinar disyaki dadah yang diletakkan di dalam dua guni putih dan satu beg pakaian plastik beroda warna hitam ," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Muhamad Zaki berkata susulan itu, pihaknya melakukan empat serbuan pada hari sama hingga semalam dan menahan keempat-empat lelaki itu yang berusia 16 hingga 30 tahun di Pasir Mas.
Beliau berkata mereka direman hingga 13 Jan ini bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pihaknya percaya kes itu mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa kerana dadah terbabit diperoleh dari Thailand untuk pasaran Kuala Lumpur.
Dalam kes lain, Muhamad Zaki berkata pihaknya turut menahan dua pemandu lori berusia 28 tahun di Kampung Batu 6, Batu Melintang, Jeli, semalam kerana disyaki menyeludup daun ketum bernilai RM20,000.
"Taktik licik penyeludupan daun ketum menggunakan lori tangki simen bagi mengaburi mata pihak berkuasa berjaya dibongkar apabila pemeriksaan lanjut pada lori menjumpai 2,000 kilogram daun ketum yang dibawa masuk dari negeri utara untuk pasaran Kelantan," katanya.
Beliau berkata kedua-dua lelaki itu yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan positif terhadap dadah jenis Benzo kini direman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2023
![Pelajar sekolah antara ditahan bantu siasatan penemuan dadah lebih RM1.4 juta Pelajar sekolah antara ditahan bantu siasatan penemuan dadah lebih RM1.4 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673162822_TBZAKIHARUNKETAMINE.jpg)
Muhamad Zaki (dua, kiri) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian daripada 25.50 kilogram (kg) dadah jenis Ketamin bernilai RM1.4 juta yang berjaya dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini. - Foto BERNAMA
"Biar hal picisan itu dianggap picisan" - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan untuk tidak menjadikan semua perkara sebagai isu politik picisan.
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
![Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739318311_Isteriditikam.jpg)
Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain
Mangsa dikenali sebagai CD meninggal dunia di lokasi kejadian.
PM Anwar gesa program iPayment dipercepatkan pada awal bulan Mac
Perdana Menteri menggesa sistem terimaan elektronik bersepadu iPayment yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang dijadualkan pada akhir bulan April 2025, dipercepatkan pada awal bulan Mac 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Pagi: ASEAN KITA: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? It is time to break down the pillars that shape our region’s future. In this episode, ASEAN Kita presents “Decoding the Pillars of ASEAN”, an insightful look at the foundations driving cooperation, growth, and stability. Join us on ASEAN Kita to explore and decode these pillars.
![Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739316467_Houthifighters.jpg)
Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus
"Tangan kami berada di picu dan bersedia untuk segera meningkatkan serangan terhadap Israel jika kembali meningkatkan ketegangan di Semenanjung Gaza."
![Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314407_protest.jpg)
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia 24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314325_flood.jpg)
24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.
![Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737941629_YoonSukYeolSouth.jpg)
Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.
![Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739308976_SheikhMujiburRahma.jpg)
Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.
![Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
![Polis rampas dadah RM3.68 juta, dua ahli sindiket ditahan Polis rampas dadah RM3.68 juta, dua ahli sindiket ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737625262_MKumar.jpg)
Polis rampas dadah RM3.68 juta, dua ahli sindiket ditahan
Polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah serta merampas dadah bernilai RM3.68 juta dalam operasi khas di daerah ini minggu lepas.
![Polis tahan tujuh individu, rampas dadah, sitaan bernilai RM1.3 juta Polis tahan tujuh individu, rampas dadah, sitaan bernilai RM1.3 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737283877_PolisTahanDadah.jpg)
Polis tahan tujuh individu, rampas dadah, sitaan bernilai RM1.3 juta
Polis Pulau Pinang menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita warga Vietnam.
![Lima lelaki termasuk warga asing ditahan, 12 kg heroin dirampas Lima lelaki termasuk warga asing ditahan, 12 kg heroin dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731912142_HamzahAhmad.jpg)
Lima lelaki termasuk warga asing ditahan, 12 kg heroin dirampas
Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis memberkas lima lelaki termasuk seorang warga asing dalam dua serbuan di Seberang Perai Utara, antara 1 tengah hari semalam hingga 4 pagi tadi.
![Tiga disyaki tokan dadah diberkas di Teluk Intan Tiga disyaki tokan dadah diberkas di Teluk Intan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624117297_AhmadAdnanBasri.jpg)
Tiga disyaki "tokan dadah" diberkas di Teluk Intan
Tiga lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah diberkas dalam satu serbuan di kawasan parkir sebuah pasar raya di Teluk Intan, Sabtu lepas.
![Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734940381_dadah.jpg)
Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.
![Polis rampas dadah bernilai hampir RM3 juta, enam ditahan Polis rampas dadah bernilai hampir RM3 juta, enam ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734329137_tbsindiketpengedara.jpg)
Polis rampas dadah bernilai hampir RM3 juta, enam ditahan
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan enam individu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM3 juta dalam beberapa serbuan di Butterworth dan di sini
![Pemborong dadah terbesar di Johor tumpas, 7 ditahan Pemborong dadah terbesar di Johor tumpas, 7 ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731400466_sindiketpemborongd.jpg)
Pemborong dadah terbesar di Johor tumpas, 7 ditahan
Pemborong dadah terbesar di Johor tumpas, 7 ditahan
![Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM200,000 Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM200,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731318295_ZulkafliSariaat.jpg)
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM200,000
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah, dan merampas heroin serta ganja bernilai lebih RM200,000 dalam tiga serbuan di sini baru-baru ini.
![Polis Johor tumpas sindiket dadah guna peranti vape Polis Johor tumpas sindiket dadah guna peranti vape](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729414567_PolisJohortumpas.jpg)
Polis Johor tumpas sindiket dadah guna peranti vape
Polis merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM2.827 juta, serta menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur 27 hingga 44 tahun antara pukul 6.45 petang hingga 4 pagi.
![Polis Selangor lupus dadah bernilai RM131.71 juta Polis Selangor lupus dadah bernilai RM131.71 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729156667_DatukHusseinOmar.jpg)
Polis Selangor lupus dadah bernilai RM131.71 juta
Polis Selangor hari ini melupuskan 1.99 tan metrik dan 267,711.02 liter pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM131.71 juta yang telah selesai kes mahkamah.