KOTA BHARU: Jenayah berbentuk kekerasan sehingga melibatkan kecederaan merupakan jenayah paling tinggi berlaku di negeri Kelantan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun bagaimanapun berkata kadar peratusannya masih berada pada tahap menurun kepada 0.6 peratus bagi setiap daerah dan di bawah 40 peratus bagi negeri itu.
Menurutnya lagi, golongan yang banyak terlibat dalam jenayah kekerasan melibatkan lingkungan umur 20 hingga 30 tahun secara berkumpulan.
"Di Kelantan ini kita terkenal di bawah jenayah kekerasan. Kita tidak ada kumpulan gengster tapi kebanyakkannya samseng kampung.
"Saya tidak mahu budaya berkumpul secara berkumpulan (melibatkan kawan-kawan) ini menjadi budaya di negeri ini.
"Kadang-kadang kes yang sepatutnya tidak sampai di kalangan pencegahan tapi kadang-kadang pergaduhan di kalangan keluarga dan kawan-kawan berlaku sehingga melibatkan jenayah kekerasan," katanya pada sidang media selepas hadir pada Perhimpunan Bulanan Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.
Tambahnya, pihaknya turut menjalankan siasatan di setiap daerah bagi menyegerakan tindakan ke atas jenayah kekerasan biarpun melibatkan pergaduhan keluarga dan kawan-kawan kepada suspek yang terlibat.
Muhamad Zaki berkata, ia memberi petanda yang jelas bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap perkara yang melibatkan kecederaan manusia.
"Saya tengok dalam dua bulan pertama dalam tahun ini, kita masih di 'track' yang betul. Pendekatan kita turun bertemu dengan masyarakat di setiap daerah dengan mengambil tindakan penguatkuasaan dan kempen, ini amat bersesuaian untuk mencapai matlamat dan kejayaan," katanya lagi.
Tambahnya, tangkapan yang dibuat turut berdasarkan maklumat orang awam dan setiap operasi dilakukan secara berterusan.
Wanna Abd Rahim
Tue Feb 28 2023

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun (kiri) memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada Perhimpunan Bulanan Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini. - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Jenayah kekerasan paling tinggi berlaku di Kelantan - Polis
Jenayah kekerasan sehingga melibatkan kecederaan merupakan jenayah paling tinggi berlaku di Kelantan.

Pertengkaran di tempat kerja antara faktor utama motif kes bunuh sejak 2009 - Bukit Aman
Daripada 5,403 kes bunuh yang dicatat sepanjang tempoh itu, 844 kes adalah melibatkan pertengkaran di tempat kerja.

Jenayah indeks turun 46.7 peratus sepanjang PKP, PKPB - Bukit Aman
Huzir turut memberi amaran kepada pemilik premis kelab malam, pub dan pusat hiburan agar mematuhi arahan PKPP yang masih tidak membenarkan premis-premis terbabit beroperasi.

Polis Kluang cari empat lelaki bantu siasatan kes jenayah kekerasan, gangsterisme
Polis Johor memburu empat lelaki berusia antara 30 dan 48 tahun yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah kekerasan dan gangsterisme di daerah Kluang.