Pasangan warga Malaysia yang didakwa memukul anak lelaki mereka kerana tidak menunaikan solat di Sweden dikenalpasti sebagai Azizul Raheem Awalludin, kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya Shalwati Nurshal, seorang guru sekolah menengah.

Sweden


Identiti mereka diperolehi hasil siasatan wartawan Astro AWANI yang turut mendapatkan pengesahan mengenainya dari sumber yang enggan dinamakan. Sumber itu turut berkata nasib samada pasangan terbabit akan didakwa di mahkamah Sweden atau tidak akan diketahui hari ini.

Dari pemerhatian di media sosial, empat anak pasangan terbabit turut dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan kini di bawah penjagaan sebuah keluarga angkat. Mereka turut dikatakan merindui kedua-dua ibu-bapa mereka. Ia disuarakan menerusi beberapa paparan di media sosial.

Sweden

Sweden


Sweden

Sementara itu, menurut pakar psikologi, Dr Hariyati Shahrima Abdul Majid, adalah jelas sebarang situasi dimana anak-anak dipisahkan dengan ibu-bapa mereka adalah satu pengalaman yang traumatik sekiranya tidak dikendalikan dengan sebaiknya.

Katanya, kanak-kanak perlu berada di sisi mereka yang boleh dipercayai dan melindungi mereka. Meskipun mereka berada dalam jagaan, mereka seharusnya diberikan kebenaran untuk menemui ibu-bapa mereka yang ditahan.

“Adakalanya, dalam kes penderaan sebenarpun, anak terbabit masih enggan melaporkannya,” kata Dr Hari yati.

Astro AWANI turut menghubungi Wisma Putra, Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Kedutaan Sweden dan Swedish Ombudsman for Children, namun kesemuanya enggan memberikan sebarang komen mengenai kes terbabit.