Tuduhan dera: Peguam Shalwati mahu buktikan wujud keraguan munasabah
Peguam Shalwati bersedia membuktikan bahawa wujudnya keraguan munasabah di atas kes yang dibentangkan pendakwaraya.
Astro Awani
Fri Feb 14 2014
Shalwati Norshal dan suami Azizul Raheem Awaluddin - Gambar Fail
Perkembangan pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden atas tuduhan mendera anak mereka.
Peguam Shalwati Nurshal, Kristofer Stahre yakin pihaknya akan memenangi kes itu.
Kristofer berkata dia sudah bersedia membuktikan bahawa wujudnya keraguan munasabah di atas kes yang dibentangkan pendakwaraya terhadap anak guamnya itu.
Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwa di mahkamah di Sweden atas tuduhan memukul dan mendera keempat-empat anak mereka sejak tahun 2010.