Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab kini berada di Stockholm untuk memerhati perbicaraan kes Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Nor Shal yang dituduh mendera keempat-empat anak mereka..
Beliau juga melantik peguam Timo Manninen dari Sweden untuk memerhati perbicaraan itu, yang bermula pada 18 Februari pada pukul 4 petang waktu Malaysia, bagi pihak Tourism Malaysia dan kerajaan Malaysia.
Datuk Mirza mengatakan bahawa beliau terkejut apabila mendengar caj terhadap Azizul yang telah berkhidmat bersama Tourism Malaysia sejak tahun 1990 dan berdedikasi terhadap kerja beliau.
Walau bagaimanapun, ketika ditanya sama ada kes terhadap Azizul akan menjejaskan kerjayanya dengan Tourism Malaysia, Datuk Mirza mengatakan bahawa ia bergantung kepada hasil mahkamah dan juga pertimbangan jawatankuasa tatatertib Tourism Malaysia.
Azizul dan Shalwati ditahan sejak Disember 2013 dan perbicaraan mereka dijangka diteruskan sehingga 10 Mac 2014 di Mahkamah Daerah Solna di Stockholm.
Mereka telah didakwa kerana mendera keempat-empat anak mereka sejak tahun 2010.
Anak-anak mereka kini di bawah jagaan seorang ibu saudara di Kelantan selepas mereka dibawa pulang ke tanah air oleh Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia, Datuk Hamzah Zainuddin bulan lepas.
Zan Azlee
Tue Feb 18 2014
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
AWANI Ringkas: Bina semula Gaza - Jangan hanya jadi 'penonton sejarah'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anak pasangan M'sia ditahan di Sweden ikuti kelas intensif Bahasa Melayu
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghantar dua lagi laporan berkala kepada Wisma Putra mengenai keadaan empat beradik itu, Jumaat lepas.
Kerajaan usaha dapatkan imuniti pegawai pelancongan di Sweden
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin bagaimanapun berkata kerajaan akan sentiasa memastikan langkah dibuat mengikut perundangan negara berkenaan.
Azizul dan Shalwati tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya - Nazri
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menunggu keputusan perbicaraan sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengarahkannya kembali ke Malaysia atau sebaliknya.
Kes pukul anak di Sweden: Anak kenalpasti 'kayu yang berikat' sebagai objek memukulnya
Pendakwa raya telah menayangkan video temubual bersama anak bongsu pasangan tersebut yang berumur tujuh tahun, Arif.
Tourism Malaysia lantik peguam pemerhati perbicaraan kes Azizul dan Shalwati
Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab kini berada di Stockholm untuk memerhati perbicaraan kes Azizul dan Shalwati.
Tuduhan dera: Peguam Shalwati mahu buktikan wujud keraguan munasabah
Peguam Shalwati bersedia membuktikan bahawa wujudnya keraguan munasabah di atas kes yang dibentangkan pendakwaraya.
Empat anak pasangan Malaysia ditahan di Sweden terima berita dengan hati terbuka
Anak ketiga Azizul Raheem Awaluddin dan Norshalwati Norshal akui sedih menerima berita bahawa ibu bapa beliau akan didakwa di Mahkamah Deaerah Stolkholm.
Keluarga rakyat Malaysia yang ditahan di Sweden redha dengan pendakwaan
Perbicaraan kes pasangan itu ditetapkan bermula pada 18 Februari ini dan dijangka mengambil masa 10 hari.
Empat anak pasangan Malaysia ditahan di Sweden mohon tidak diganggu
Kempat-empat anak pasangan tersebut dikatakan sedih dengan berita berkenaan dan tidak ke sekolah pada Selasa.
Pasangan Malaysia di Sweden didakwa pukul anak sejak 2010
Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwa memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam beberapa insiden sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu.