KUALA LUMPUR: Tiada warganegara berusia 18 tahun ke atas yang akan terkecuali daripada didaftarkan sebagai pengundi susulan perlaksanaan pendaftaran undi automatik dan Undi18 pada 31 Disember ini, kata Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu berkata, perkara itu sebagaimana yang telah termaktub dalam peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
Menurutnya, pendaftaran pengundi automatik yang akan dilaksanakan pada 31 Disember ini berdasarkan keputusan Mahkamah Kuching baru-baru ini.
"Berdasarkan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) komited untuk laksanakan pendaftaran pengundian secara automatik dan Undi18.
"Sebab itu segala maklumat atau warganegara pasti akan turut didaftarkan sebagai pengundi. Kalau ikut apa yang termaktub dalam undang-undang, tidak akan ada yang terkecuali,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) mengenai pendaftaran automatik sama ada ia akan akan melibatkan rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara dan penduduk Sabah Sarawak yang berada di Semenanjung serta mekanisme pelaksanaannya.
Dalam pada itu, menjawab soalan asal, Mas Ermieyati berkata, pengundi-pengundi di Negeri Sabah dan Sarawak yang bermastautin di Semenanjung digalakkan untuk memohon pertukaran Bahagian Pilihan Raya berdasarkan tempat bermastautin terkini.
Menurutnya, tindakan itu bagi memudahkan urusan pengundian bagi suatu pilihan raya umum atau kecil sekiranya tidak termasuk dalam golongan yang mendapat kemudahan mengundi secara pos.
“Buat masa ini, kemudahan mengundi secara pos diberikan kepada pengundi terdiri daripada ahli SPR dan kakitangan SPR; petugas pilihan raya; tentera, polis, dan Polis Pasukan Gerak Am (PGA) yang bertugas pada hari mengundi awal.
“Turut dibenarkan kepada pengamal media yang bertugas membuat liputan pilihan raya di luar kawasan pada hari mengundi; kakitangan bagi sembilan agensi (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Sukarelawan Simpanan Polis, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kesihatan Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara-UTC, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara) yang bertugas pada hari mengundi.
“Selain itu, turut termasuk pengundi Malaysia yang berada di luar negara (kecuali Brunei, Singapura, Kalimantan dan Selatan Thai); dan Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara iaitu penjawat awam yang berkhidmat di luar negara dan pasangan serta pelajar universiti/institusi tinggi sepenuh masa di luar negara dan pasangan,” katanya.
Astro Awani
Wed Oct 06 2021
Mas Ermieyati Samsuddin memberitahu SPR komited untuk laksanakan pendaftaran pengundian secara automatik dan Undi18. - Gambar fail/BERNAMA
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula - Dr Zaliha
Pelaksanaan dasar tempoh menduduki perlu mengambil kira pelbagai faktor untuk mengelakkan kesan negatif kepada penghuni tertentu.
[KOLUMNIS] Memahami 100 hari kepimpinan Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar: Reformasi perkhidmatan awam
Pada Ogos 2024, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai KSN, sekali gus memikul amanah besar untuk mengemudi reformasi menyeluruh dalam perkhidmatan awam.
Penjawat awam ditahan SPRM disyaki terima rasuah RM6,000
Menurut sumber lelaki berumur 40-an itu ditahan 2 petang hari ini, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.
Letak diri dari perspektif pengguna untuk beri perkhidmatan terbaik
Falsafah atau panduan untuk merakyatkan perkhidmatan awam adalah dengan sentiasa berfikir sebagai seorang rakyat dahulu.
Integriti nilai utama penjawat awam
Integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban antara nilai utama yang perlu dimantapkan dalam kalangan penjawat awam untuk menghadapi cabaran semasa dan merealisasikan aspirasi rakyat.
Pahang berjaya peroleh kutipan hasil RM1.144 bilion
Ia membuktikan prestasi kepimpinan kerajaan negeri ini sangat cemerlang untuk setanding dengan negeri maju lain seperti Selangor dan Johor.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
PM Anwar ajak orang ramai hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai hadir ke Program 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan berlangsung bermula esok hingga Ahad di KLCC.