Mahkamah Persekutuan di sini hari ini diberitahu bahawa Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang melarang pilihan raya kerajaan tempatan diadakan.
Dalam hujahnya, peguam Tommy Thomas berkata Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menghapuskan hak badan perundangan negeri untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan di suatu negeri adalah tidak sah.
Katanya Parlimen bertindak melampaui kuasanya apabila ia menggubal Seksyen 15 kerana seksyen itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, yang membenarkan badan perundangan negeri mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.
Thomas mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan bekas presiden pertubuhan bukan kerajaan, Aliran, P. Ramakrishnan yang memfailkan petisyen bagi memohon agar pilihan raya kerajaan tempatan kembali diadakan.
Beliau mengemukakan hujah di hadapan panel lima anggota yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif.
Thomas berkata mengikut Perkara 76 (4) Perlembagaan Persekutuan, kuasa Parlimen hanya terhad kepada memastikan wujudnya keseragaman undang-undang dan dasar berkaitan kerajaan tempatan.
"Dengan alasan bertindak mengikut Perkara 76 (4), Parlimen tidak boleh menghapuskan pilihan raya kerajaan tempatan," katanya dan menegaskan bahawa pilihan raya kerajaan tempatan terletak di bawah bidang kuasa negeri.
Beliau berkata Seksyen 15 juga menafikan hak Ramakrishnan untuk mengundi dalam pilihan raya kerajaan tempatan.
Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke Yee Ching pula dalam hujahnya berkata Seksyen 15 adalah undang-undang yang sah.
Menurut beliau, seksyen itu digubal secara sah mengikut Perkara 76 (4) Perlembagaan Persekutuan kerana di bawah perkara itu, Parlimen boleh menggubal undang-undang berkaitan perkara yang terletak di bawah bidang kuasa legislatif negeri.
Loke berkata walaupun pilihan raya kerajaan tempatan terletak di bawah bidang kuasa badan perundangan negeri, tetapi sekiranya undang-undang negeri berkenaan tidak selaras dengan undang-undang persekutuan, maka ia (undang-undang negeri) akan menjadi tidak sah.
Dalam petisyen berkenaan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Ramakrishnan memohon mendapatkan perisytiharan bahawa Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah tidak sah dengan mendakwa seksyen itu terbatal kerana Parlimen bertindak melampaui kuasanya mengikut Perlembagaan Persekutuan apabila menggubal peruntukan itu.
Dalam petisyen itu juga, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Ramakrishnan berkata pilihan raya kerajaan tempatan pernah diadakan di George Town pada 1951, yang dikendalikan pihak berkuasa tempatan.
Kata mereka Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang meluluskan Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Province Wellesley) 2012 pada 9 Mei tahun lepas dan mewartakannya pada 5 Julai.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendakwa enakmen yang baru diluluskan itu memberi kuasa legislatif secukupnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengendalikan pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang dan oleh itu, SPR secara sah, diberi kuasa dan perlu mengendalikan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri berkenaan.
Kerajaan Pulau Pinang, yang diterajui DAP, berusaha untuk mengadakan semula pilihan raya kerajaan tempatan, yang dimansuhkan pada 1 Mac 1965.
Setelah kedua-dua pihak selesai mengemukakan hujah, Mohd Raus menangguhkan keputusan mahkamah ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. -- Bernama
Bernama
Wed Apr 09 2014
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Rakyat boleh mohon terus projek infrastruktur kecil kepada Kementerian Ekonomi - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan membuka peluang kepada rakyat untuk membuat permohonan peruntukan bagi sebarang projek pembangunan dan infrastruktur kecil awam secara terus kepada kementerian.
Datuk Bandar sepatutnya dipilih, bukan dilantik - MUDA
Rakyat di Kuala Lumpur dan Putrajaya perlu memilih Datuk Bandar melalui pilihan raya kerajaan tempatan.
Kerajaan negeri diberi kelonggaran tambahan penggunaan dana - Perdana Menteri
Kelonggaran itu merupakan penambahbaikan yang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan bagi pemberian dan sokongan kepada negeri-negeri bagi 2022.
Messi disiasat langgar protokol COVID-19 dengan parti barbeku
Messi didakwa menjemput rakan sepasukan dan pasangan masing-masing ke rumahnya bagi meraikan kemenangan 3-2 ke atas Valencia dengan parti barbeku.
Tiada lagi amalan kewangan yang tidak telus atau ketirisan - Zuraida
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata ia termasuk mengkaji semula pelaksanaan projek yang tidak lestari, di samping menamatkan projek yang tiada keutamaan.
Undang-undang kecil pelesenan anjing di Sarawak berkuat kuasa 1 Dis
Undang-undang kecil baharu itu terpakai kepada kesemua 26 kerajaan tempatan di negeri ini.
Tiada pilihan raya PBT dalam masa 3 tahun - Zuraida
Buat masa ini, kerajaan PH perlu mengutamakan perkara lain terlebih dahulu seperti memastikan kedudukan kewangan negara stabil.
Polarisasi kaum akan meningkat jika pilihan raya kerajaan tempatan diadakan
Abdul Rahman mengulas usaha DAP mendesak supaya pilihan raya kerajaan tempatan diadakan semula di Pulau Pinang.
MMN cadang tubuh bank perumahan bagi golongan berpendapatan rendah
Mesyuarat Majlis Negara mencadangkan agar bank perumahan diwujudkan kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak berjaya membuat pinjaman rumah kos rendah dan sederhana rendah.
Parlimen tiada kuasa larang pilihan raya kerajaan tempatan, kata peguam
Katanya, Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menghapuskan hak badan perundangan negeri untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan tidak sah.