Semua undang-undang kecil baharu bagi kawalan dan pelesenan anjing akan berkuat kuasa pada 1 Dis ini dalam usaha mengawal penyakit rabies atau anjing gila di negeri ini daripada merebak, kata Menteri Muda Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Penguang Manggil.
Beliau berkata undang-undang kecil baharu itu terpakai kepada kesemua 26 kerajaan tempatan di negeri ini, yang akan membolehkan pihak berkuasa tempatan mempunyai kawalan yang lebih berkesan terhadap populasi anjing di Sarawak, yang dianggarkan berjumlah lebih 300,000 ekor.
"Di bawah undang-undang kecil baharu ini, pihak berkuasa tempatan mungkin mewajibkan pemilik anjing menunjukkan bukti bahawa anjing peliharaan mereka telah diberi suntikan vaksin anti rabies atau vaksin lain sebelum sebarang lesen boleh dikeluarkan atau diperbaharui.
"Undang-undang kecil ini akan juga memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan untuk merampas dan mengurung mana-mana anjing yang berkeliaran selama 48 jam dan anjing yang dirampas itu hanya akan dilepaskan setelah pemiliknya melunaskan bayaran mengurung RM50 sehari atau sebahagian daripadanya. Mana-mana anjing yang tidak dituntut akan ditidurkan," kata Dr Penguang pada sidang akhbar di sini pada Isnin.
Bagaimanapun, beliau berkata anjing kepunyaan Angkatan Tentera, Polis, Jabatan Kastam, Jabatan Veterinar atau agensi kerajaan yang lain dikecualikan daripada penguatkuasaan undang-undang kecil itu.
Beliau berkata pengecualian ini turut diberi kepada anjing di bawah jagaan sementara Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Sarawak atau mana-mana badan yang diiktiraf dan diperakui oleh menteri yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan.
"Anjing di rumah panjang dan kampung di kawasan pedalaman tidak perlu dilesenkan, tetapi pihak berkuasa boleh memberi suntikan anti rabies kepada haiwan berkenaan," kata Dr Penguang, yang juga ADUN Marudi.
Beliau berkata di bawah undang-undang kecil itu, pemilik dihadkan untuk memelihara tiga ekor anjing bagi setiap kediaman bertanah atau seekor baka kecil bagi rumah pangsa atau pangsapuri.
"Menjadi kesalahan bagi pemilik untuk memelihara anjing yang berpenyakit," katanya.
Terdapat 13 kes penyakit rabies yang mengorbankan 12 nyawa dilaporkan setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 22 2018
![Undang-undang kecil pelesenan anjing di Sarawak berkuat kuasa 1 Dis Undang-undang kecil pelesenan anjing di Sarawak berkuat kuasa 1 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/71450003992_anjing.jpg)
Di bawah undang-undang kecil itu, pemilik dihadkan untuk memelihara tiga ekor anjing bagi setiap kediaman bertanah atau seekor baka kecil bagi rumah pangsa atau pangsapuri. - Gambar hiasan
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Kementerian, agensi perlu teroka dan manfaat AI - Fahmi Kementerian, agensi perlu teroka dan manfaat AI - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709879380_TBartificialintelli.jpg)
Kementerian, agensi perlu teroka dan manfaat AI - Fahmi
Menteri Komunikasi seru kementerian dan agensi kerajaan untuk meneroka dan memanfaatkan teknologi AI bagi meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan kepada rakyat.
![Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan dengan kunjungan ke Masjid Besar Astana Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan dengan kunjungan ke Masjid Besar Astana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715863304_TBanwar.jpg)
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan dengan kunjungan ke Masjid Besar Astana
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari beliau ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di sini hari ini.
![Pelajar dapat akses maklumat, kajian sedia ada kerajaan sebelum 24 Mei ini Pelajar dapat akses maklumat, kajian sedia ada kerajaan sebelum 24 Mei ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715852448_TBChangLihKang.jpg)
Pelajar dapat akses maklumat, kajian sedia ada kerajaan sebelum 24 Mei ini
Mahasiswa di IPT bakal mendapat akses kepada maklumat serta kajian sedia ada di peringkat kementerian dan agensi kerajaan sebelum 24 Mei ini.
![Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715441418_TBzahidhamidi.jpg)
Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga
Negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula bulan ini hingga September.
![MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714051836_TBPPrabakaran.jpg)
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
![PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713873211_AkmalNasrullah.jpg)
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
![Songkran: Polis Thailand tubuh pusat pemantauan cegah kemalangan jalan raya Songkran: Polis Thailand tubuh pusat pemantauan cegah kemalangan jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712760586_Songkranfestival.jpg)
Songkran: Polis Thailand tubuh pusat pemantauan cegah kemalangan jalan raya
Polis Thailand menubuhkan pusat pemantauan bagi mencegah dan mengurangkan kemalangan jalan raya semasa penganjuran Festival Songkran.
![Sistem PADU bantu Orang Asli elak tercicir inisiatif kerajaan Sistem PADU bantu Orang Asli elak tercicir inisiatif kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706075111_PADU.jpg)
Sistem PADU bantu Orang Asli elak tercicir inisiatif kerajaan
Along, dari suku kaum Temiar yang tinggal di Pos Belatim, berkata dia sanggup menunggang motosikal untuk hadir di kaunter PADU.
![Jabatan, agensi kerajaan perlu labur dalam sistem keselamatan siber terkini Jabatan, agensi kerajaan perlu labur dalam sistem keselamatan siber terkini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690557345_cyberthreatshacke.jpg)
Jabatan, agensi kerajaan perlu labur dalam sistem keselamatan siber terkini
Langkah itu akan melibatkan peruntukan yang besar namun ia perlu bagi meningkatkan tahap keselamatan IT (teknologi maklumat) organisasi berkenaan.
![Guna bahasa Melayu dalam surat kerajaan bertepatan Perlembagaan Persekutuan - Awang Sariyan Guna bahasa Melayu dalam surat kerajaan bertepatan Perlembagaan Persekutuan - Awang Sariyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698230402_TBAwngSariyan.jpg)
Guna bahasa Melayu dalam surat kerajaan bertepatan Perlembagaan Persekutuan - Awang Sariyan
Awang berpendapat pelaksanaan peruntukan Perkara 152(6) Perlembagaan Persekutuan bagaimanapun masih belum memuaskan.