KUALA LUMPUR: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025, kata Timbalan Menterinya Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Beliau berkata setakat ini, liputan akses bekalan air di bandar dan luar bandar mencapai 97.1 peratus, manakala perkhidmatan pembetungan meliputi 84.4 peratus di empat bandar utama.
"Sememangnya industri air ini satu industri yang dinamik. Maka sebab itu kementerian (PETRA) apabila meneliti dari segi apa yang telah dilaksanakan dan dalam progres (kemajuan), kita menjangkakan kita boleh mencapai 98 peratus untuk melakukan peningkatan dalam tempoh dua tahun inilah.
"Ini memerlukan koordinasi daripada semua pihak yang terlibat, juga dalam kalangan agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat air dan juga pihak kerajaan-kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Ekspo dan Forum ASIAWATER 2024 di sini pada Selasa.
Hadir sama Penasihat ASIAWATER Datuk Teo Yen Hua dan Presiden Persatuan Air Malaysia Mohmad Asari Daud.
Akmal Nasrullah berkata inisiatif berkenaan selaras dengan matlamat utama Malaysia MADANI untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat sambil menyokong matlamat keenam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 6) iaitu memastikan ketersediaan dan pengurusan air dan sanitasi yang mampan untuk semua.
Beliau berkata Perlis, Kedah dan kelantan merupakan antara negeri yang dikesan mempunyai tahap air tidak terhasil (NRW) yang tinggi disebabkan air mengalir keluar apabila berlaku paip bocor yang menyukarkan penyaluran bekalan air bersih kepada pengguna.
Dalam pada itu, Akmal Nasrullah menerusi ucapan yang dibacakan bagi pihak Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata PETRA sedang menumpukan terhadap empat inisiatif utama sebagai usaha memastikan bekalan air berterusan dan mencukupi, khususnya di kawasan terjejas kemarau.
Beliau berkata bagi mencapai matlamat berkenaan, PETRA mesti menjamin masa depan air yang boleh dipercayai dengan perancangan strategik, membangunkan infrastruktur air dan menangani kemampanan kewangan pengendali air, mengoptimumkan operasi di seluruh industri air serta membina ketahanan ke arah penyesuaian terhadap perubahan iklim dalam sistem air.
Sementara itu, Teo berkata ASIAWATER 2024 merupakan acara utama untuk membangunkan Asia, memupuk pertukaran pengetahuan, mempamer kemajuan serta membentuk perkongsian penting bagi menangani cabaran pengurusan air.
Bertemakan "Water Transformation and Climate Change: Innovation for Resilience," ekspo dan forum tiga hari yang bermula pada Selasa menarik kehadiran lebih 20,000 peserta perdagangan dan profesional industri dari 61 negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
![PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713873211_AkmalNasrullah.jpg)
Akmal Nasrullah berkata setakat ini, liputan akses bekalan air di bandar dan luar bandar mencapai 97.1 peratus, manakala perkhidmatan pembetungan meliputi 84.4 peratus di empat bandar utama. - Foto BERNAMA
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
AI akan cipta pekerjaan baharu - PM India
Perdana Menteri India, Narendra Modi yakin teknologi baharu tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan sebaliknya percaya kecerdasan buatan (AI) akan mencipta pekerjaan baharu.
![ISES 2024 terajui aspirasi peralihan tenaga negara melalui inovasi ISES 2024 terajui aspirasi peralihan tenaga negara melalui inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724148697_ISES.jpg)
ISES 2024 terajui aspirasi peralihan tenaga negara melalui inovasi
Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) keenam 2024 berlangsung pada 20 hingga 21 Ogos merupakan detik penting dalam perjalanan Malaysia menuju masa depan tenaga yang mampan.
![Libat urus dengan pihak berkepentingan menjelang keputusan caj akses grid - Fadillah Libat urus dengan pihak berkepentingan menjelang keputusan caj akses grid - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Libat urus dengan pihak berkepentingan menjelang keputusan caj akses grid - Fadillah
Fadillah berkata pihak berkepentingan itu melibatkan penggiat industri, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.
![Terengganu dicadang laksana caruman perparitan tangani kes banjir kilat Terengganu dicadang laksana caruman perparitan tangani kes banjir kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710741021_AkmalNasrullah.jpg)
Terengganu dicadang laksana caruman perparitan tangani kes banjir kilat
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) mencadangkan Kerajaan Negeri Terengganu supaya mengenakan caruman perparitan kepada pemaju tanah.
![Hujan lebat luar biasa hampir tenggelamkan Bandar Purba Petra Hujan lebat luar biasa hampir tenggelamkan Bandar Purba Petra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41672113550_banjirdiJordan.jpg)
Hujan lebat luar biasa hampir tenggelamkan Bandar Purba Petra
Air dari pergunungan sekeliling telah mengalir deras ke dalam bandar purba itu.
![Tentera Israel tahan 19 wartawan Palestin Tentera Israel tahan 19 wartawan Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61622437998_TBIsrael.jpg)
Tentera Israel tahan 19 wartawan Palestin
Tentera Israel menahan 18 wartawan Palestin di penjara mereka, kata Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin lapor Agensi Berita Jordan (Petra).