KUALA LUMPUR: Pandangan rakyat terhadap prestasi menteri-menteri yang dimuat naik menerusi media sosial akan turut diambil kira sebagai pemarkahan sempena pencapaian awal tempoh 100 hari pertama perkhidmatan mereka.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklum balas dan analisis sentimen ramai terhadap menteri seperti kajian sikap rakyat terhadap menteri sejak memegang jawatan dan menerusi kajian profesional.
"Saya cakap secara keseluruhannya saya buat pemarkahan seperti kad laporan sekolah, itu salah satu, kita ada jawatankuasa ... tapi ada pemarkahan saya dapatkan daripada rakyat boleh beri markah... tapi tak tahu lagi berapa peratus (pandangan rakyat dalam jumlah keseluruhan pemarkahan), pandangan rakyat satu cara," katanya pada sesi wawancara khas bersama editor kanan media di sini baru-baru ini.
Perdana Menteri mengakui beliau sendiri rajin membaca komen-komen dan hantaran rakyat menerusi sosial media dan kadang kala menjawab sendiri komen-komen berkenaan.
"Kelmarin mereka (menteri-menteri) membentangkan cadangan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dan saya bagitau perlu ada 'feel good factor' (faktor yang menyenangkan) kepada rakyat ... kita tunggu menteri umumkan sendiri," katanya.
Ismail Sabri berkata beliau melakukan ini bukan bertujuan untuk menghukum sesiapa tetapi sekadar mahu melihat mereka menjalankan tugas sebaiknya.
"Tujuan letak 100 hari bukan tujuan nak hukum menteri, ada yang bertanya adakah ada yang akan dibuang ... saya berharap tidak ada yang akan dikenakan tindakan, saya nak mereka menjalan tugas dengan baik tidak lebih dari itu. Selepas 100 hari ia akan disambung dengan pelan setengah penggal dan jangka panjang, ia berterusan," katanya.
Ditanya adakah beliau menetapkan sasaran 100 hari untuk diri sendiri, sambil tersenyum beliau menjawab: "Saya ... tentu ada target (sasaran) sendiri ... tunggu pengumuman saya nanti semasa saya memberi ucapan kepada rakyat ... kena tunggu 10 Dis nanti."
Perdana Menteri berkata setakat ini terdapat keseimbangan penerimaan rakyat terhadap kerajaan terutamanya apabila usul Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dibentangkan beliau masa persidangan Dewan Rakyat pada 27 Sept lepas.
"Ada yang respons positif tetapi taklah kata semua positif juga ada yang negatif contohnya daripada segi pegangan ekuiti (pemilikan saham bumiputera) itu negatif daripada bukan bumiputera," katanya.
Beliau berkata secara keseluruhan RMK12 diterima dengan baik oleh rakyat, namun yang penting sekarang ialah dari segi pelaksanaannya yang diharap dapat dilakukan dengan baik.
Ismail Sabri turut ditanya mengenai persepsi masyarakat bukan Melayu terutama kaum Cina terhadap pentadbiran beliau dan adakah usaha khusus untuk menguatkan sokongan daripada mereka akan dilaksanakan.
"Setakat hari ini saya pun belum dapat buat kajian terperinci, baru sebulan lebih, masih terlalu awal. Kadang-kadang suka pada peringkat awal, lama-lama jadi tak suka.
"Setengah itu tak suka peringkat awal ... lama-lama jadi suka, sebab itu mungkin dalam lima atau enam bulan, tiga bulan selepas 100 hari mungkin saya akan sampaikan ucapan ... banyak lagi kita akan berikan kepada rakyat mungkin akan ada beza selepas itu. Sebab itu untuk nilai kejayaan dalam 100 hari terlalu singkat," katanya.
Ketika mengumumkan barisan Kabinet dan anggota pentadbirannya yang dianggotai 31 Menteri dan 38 timbalan menteri pada 27 Ogos lepas, Ismail Sabri menetapkan setiap menteri perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama perkhidmatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 02 2021
Perdana Menteri ketika wawancara khas bersama editor kanan media di Menara Parlimen baru-baru ini. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
- Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu - Fahmi
- Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
#AWANIpagi #AWANInews
- Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
- Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu - Fahmi
- Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
#AWANIpagi #AWANInews
Amazon turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan TikTok
Laporan terbaharu menyatakan Amazon turut telah menyatakan hasrat dalam mendapatkan pegangan pada TikTok.
Akses 5 hari percuma PlayStation+ kepada pelanggan terjejas
Pemacu Blu-Ray untuk PS5 Pro serta PS5 Slim turut tidak boleh membaca cakera permainan fizikal kerana tidak dapat disahkan dalam talian.
Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI
pelaburan tersebut termasuk rancangan firma pelaburan Kanada, Brookfield, untuk melabur sebanyak 20 bilion euro.
Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB
Beliau turut menggesa penolakan terhadap sebarang kemungkinan untuk kembali kepada situasi yang membawa lebih banyak kematian dan kemusnahan.
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas di muara Sungai Keluang
Seorang nelayan yang dilaporkan terjatuh ketika bot dinaikinya dilambung ombak, ditemukan lemas di muara Sungai Keluang, jertih pada ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu pada Sabtu dan Ahad.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Operasi khas: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Sebanyak 107,014 notis telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan terhadap kenderaan dan pemandu yang gagal mematuhi peraturan dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025 yang dijalankan di seluruh negara, sejak 20 Januari hingga Ahad.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
KPN akan terus perkukuh usaha tingkatkan kesedaran, kefahaman perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan terus memperkukuh usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi program bersifat inklusif dan berkesan.
Kerajaan komited bina sekolah baharu tangani sekolah padat - Fadhlina
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI meluluskan pembinaan 44 sekolah iaitu paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.