Menurut presidennya Emmanuel Macron, pelaburan tersebut termasuk rancangan firma pelaburan Kanada, Brookfield, untuk melabur sebanyak €20 bilion atau kira-kira RM97 bilion dalam projek AI di Perancis.
Ini termasuk pembiayaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berpotensi mencecah €50 bilion dalam beberapa tahun akan datang.
Menurut Istana Elysee, pelaburan dari UAE akan merangkumi pembiayaan bagi sebuah pusat data berkapasiti 1 gigawatt.
Akhbar La Tribune de Dimanche melaporkan bahawa sebahagian besar pelaburan Brookfield dijangka turut disalurkan kepada pembangunan pusat data.
AI memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk mengoperasikan pusat data berskala besar dan Eropah dilihat berdepan cabaran dalam memenuhi permintaan tenaga masa depan.
Bulan lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan bahawa OpenAI, Softbank Group, dan Oracle akan melabur dalam infrastruktur AI sepanjang empat tahun akan datang bagi memastikan AS kekal mendahului China dan pesaing global lain dalam perlumbaan AI.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)