PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang pakar psikiatri atas pertuduhan menyebut perkataan lucah terhadap bekas pesakitnya, empat tahun lepas.
Majistret Nurshahira Abdul Salim membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Dr Gurdeep Singh Narain Singh, 45, di akhir kes pendakwaan.
"Selepas mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaan dan meneliti eksibit-eksibit dikemukakan serta mempertimbangkan dokumen difailkan pendakwaan dan pembelaan, mahkamah dengan ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
"Sehubungan itu, Dr Gurdeep Singh...kamu dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri," kata Nurshahira.
Dr Gurdeep, yang diwakili peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay, kelihatan tenang semasa mahkamah memberikan keputusan.
Pada 24 Jan 2020, Dr Gurdeep mengaku tidak bersalah atas tuduhan dengan niat untuk mengganggu kesantunan seorang wanita berusia 26 tahun dengan menyebut perkataan lucah untuk didengari mangsa di sebuah hospital swasta di Kota Damansara pada 4.30 petang, 12 Feb 2019.
Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Seramai sembilan saksi pendakwaan termasuk mangsa dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula pertengahan 2020.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farhanah Fuad Mohamad Faiz dan turut hadir pada prosiding hari ini peguam pemerhati bagi pihak mangsa, Francis Pereira.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023

Pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Dr Gurdeep Singh Narain Singh, 45, di akhir kes pendakwaan. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Jumlah pakar psikiatri hanya 623 orang - Dr Dzulkefly
Pada 16 Dis 2021, KKM dilapor menyasarkan nisbah satu pakar psikiatri bagi setiap 50,000 penduduk di seluruh negara menjelang 2025.

Mangsa terperangkap terowong di India amalkan yoga, meditasi
Kesemua mangsa mendapat saranan daripada pakar psikatri yang dihantar oleh pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kesihatan mental terjaga.

Pakar psikiatri di Rom maut diserang bekas pesakit
Seorang pakar psikiatri meninggal dunia di sebuah hospital di Pisa selepas diserang oleh bekas pesakitnya.

Pakar psikiatri bebas tuduhan sebut perkataan lucah
Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang pakar psikiatri atas pertuduhan menyebut perkataan lucah terhadap bekas pesakitnya, empat tahun lepas.

Kematian Maradona: Polis serbu pejabat dan rumah pakar psikiatri
Serbuan dilakukan di apartmen Agustina Cosachov di Buenos Aires, lokasi konsultasi rawatan ke atas Maradona.

Bukan cari perhatian jika luah perasaan di radio - Pakar psikiatri
Ia boleh diibarat satu hobi, sama seperti bercuti, beriadah atau mendengar muzik.

Pakar psikiatri, pegawai psikologi atau kaunselor: Sama atau berbeza?
Pakar psikiatri boleh memberikan preskripsi ubatan kepada pesakit manakala pegawai piskologi tidak boleh berbuat demikian.

Pangkalan data kesihatan mental diperlukan - Dr Lee
Dalam masa sama, kementerian berharap Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang mengklasifikasikan cubaan bunuh diri sebagai satu jenayah dapat dipinda.

Perunding psikiatri buat gangguan seksual terhadap mangsa rogol
Hospital Thomson Kota Damansara mengesahkan telah menamatkan perkhidmatan pakar psikiatri itu setelah kes tersebut berlaku.

Jumpa pakar psikiatri bukan petanda gila - Bekas pesakit mental
Penting untuk masalah kesihatan mental dikesan awal, seterusnya diberi perhatian dan rawatan sewajarnya.