Proses pengecualian lesen sah untuk 'paintball marker' dalam sukan perlu dipercepatkan bagi memastikan pembangunan sukan itu tidak terjejas, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah bersetuju terhadap pengecualian lesen sah untuk paintball marker.
Mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960, paintball marker diiktiraf sebagai senjata tiruan dan pemilik perlu mendapatkan lesen sah.
Bagaimanapun, Khairy berkata Menteri Dalam Negeri mempunyai bidang kuasa untuk mengecualikan lesen untuk paintball marker.
"Datuk Seri Zahid memaklumkan pada saya bahawa beliau sebagai Menteri Dalam Negeri sudah buat keputusan untuk kecualikan paintball marker daripada akta itu," katanya di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pembatalan pusingan kedua Liga Paintball Kebangsaan yang disertai oleh 450 peserta selama dua hari bermula kelmarin di Dataran Pahlawan di sini.
Penganjur terpaksa membatalkan kejohanan tersebut kerana penggunaan paintball marker tanpa lesen yang sah menyalahi Akta Senjata 1960.
Bagaimanapun, Khairy berkata proses pengecualian itu memerlukan masa untuk dilaksanakan kerana ia melibatkan banyak prosedur antaranya penelitian oleh bahagian undang-undang Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Terdahulu, Ketua pemuda UMNO itu merasmikan Persidangan Kelompok Tahunan UMNO Cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka di sini.
Pada November tahun lepas, polis memberikan tempoh sebulan kepada pemilik senjata api tiruan terutama yang digunakan dalam sukan menembak seperti paintball marker, 'air soft gun' dan 'ball bearing gun' untuk menyerahkan senjata mereka kepada polis.
Polis berkata lesen senjata itu hanya boleh dipohon oleh syarikat berdaftar dengan modal berbayar RM400,000 atau kelab sukan yang diiktiraf oleh Pesuruhjaya Sukan.
"Saya faham pihak polis hanya menjalankan tugas...juga tindakan itu sah daripada segi undang-undang buat masa ini, tetapi menteri (Ahmad Zahid) telah setuju dengan pengecualian itu maka saya ingin mohon agar tiada lagi tindakan diambil sementara proses melaksanakan pengecualian paintball marker ini selesai," katanya.
Khairy berkata walaupun paintball marker disenarai dalam Akta Senjata 1960, beliau percaya alat itu tidak digunakan untuk melakukan jenayah secara berleluasa di negara ini.
Bernama
Mon Apr 07 2014

-- gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Syarat ketat pemilikan senjata api
Hanya individu yang benar-benar memerlukan dan berkelayakan sahaja akan diluluskan pemilikan lesen dan permit senjata api.

Petani mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Tertuduh, Shahzairos Ramli, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Musyiri Peet.

Hukuman mati 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan - Liew
Jemaah Menteri memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Miliki senjata api tiruan boleh dipenjara seumur hidup!
Memiliki dan mengimport senjata tiruan untuk apa jua tujuan boleh dihukum penjara seumur hidup atau tempoh tidak melebihi setahun.

Paintball Marker diberi pengecualian di bawah Akta Senjata 1960 - Khairy
Bagaimanapun proses pengecualian itu memerlukan masa untuk dilaksanakan kerana ia melibatkan banyak prosedur antaranya penelitian oleh bahagian undang-undang Kementerian Dalam Negeri (KDN).