Jemaah Menteri memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata keputusan itu yang dicapai secara kolektif pada 10 Okt lepas turut merangkumi Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971), Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Angkatan Tentera 1972.
Turut dinyatakan ialah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Susulan daripada keputusan itu, memorandum Jemaah Menteri telah diedarkan kepada semua kementerian berkaitan untuk mendapatkan ulasan dan pandangan orang awam mengenai keputusan kerajaan itu," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat,hari ini.
Beliau menjawab soalan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang mahu kerajaan menyatakan pendirian untuk memansuhkan hukuman mati sama ada akan memberikan pengecualian kepada jenayah kejam.
Sementara itu, pada sesi soal jawab lisan pula, Liew berkata Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dijangka akan dibentang pada sidang Parlimen akan datang setelah semua isu dan dasar dimuktamadkan.
Beliau berkata mesyuarat susulan yang diadakan berkenaan penubuhan IPCMC telah bersetuju terhadap usul-usul yang dibentangkan bagi memastikan PCMC ini benar-benar bebas, efektif dan mempunyai kuasa untuk menangani masalah dalam agensi penguat kuasa tersebut.
"Kerangka penubuhan IPCMC ini mengambil kira kuasa-kuasa yang lebih holistik dan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada dan juga sedang berkuat kuasa," katanya menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya).
Liew berkata hak-hak polis juga terjamin seperti yang termaktub di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
Pada September lepas, kerajaan mengumumkan untuk menubuhkan IPCMC bagi menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
Bernama
Tue Nov 13 2018
![Hukuman mati 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan - Liew Hukuman mati 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/51535433808_vuikeong.jpg)
Keputusan itu yang dicapai secara kolektif pada 10 Okt lepas turut merangkumi Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971), Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Angkatan Tentera 1972. - Gambar fail
![Tommy Thomas gagal batal saman Shahrir Samad, perbicaraan bermula pada 2026 Tommy Thomas gagal batal saman Shahrir Samad, perbicaraan bermula pada 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673607663_ShahrirSamadTommy.jpg)
Tommy Thomas gagal batal saman Shahrir Samad, perbicaraan bermula pada 2026
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Tan Sri Shahrir Ab Samad terhadap beliau.
![Subsidi RON95: Cari mekanisme berkesan, buat secara berperingkat - Dr Barjoyai Subsidi RON95: Cari mekanisme berkesan, buat secara berperingkat - Dr Barjoyai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718839079_RONminyak.jpg)
Subsidi RON95: Cari mekanisme berkesan, buat secara berperingkat - Dr Barjoyai
Perancangan untuk penyasaran semula subsidi petrol wajar dijalankan secara berperingkat supaya ia tidak mencetuskan kejutan seperti yang berlaku pada diesel.
AWANI Ringkas: Tabung solidariti Selangor FC raih lebih RM76,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [03/07/2024] - Penjelasan penjualan MAHB | Mahkamah tolak permohonan Najib | Aliff Aziz, Ruhainies didakwa | Debaran EURO 2024 semakin hampir
#AWANI745 malam ini bersama Jasmine Abu bakar;
1. Tidak ada syarikat milik Israel boleh berurusan di Malaysia
2. Perkara rahsia, jangan dikongsi, atau berdepan digantung tugas
3. Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak salah berkhalwat
4. Siapa bakal mara? Jerman, Sepanyol, Perancis? Atau mungkin England?
1. Tidak ada syarikat milik Israel boleh berurusan di Malaysia
2. Perkara rahsia, jangan dikongsi, atau berdepan digantung tugas
3. Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak salah berkhalwat
4. Siapa bakal mara? Jerman, Sepanyol, Perancis? Atau mungkin England?
![Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707561071_AzmanAdam.jpg)
Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN
Aktiviti penipuan penjualan minyak masak paket secara dalam talian didapati masih lagi berlaku berdasarkan pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
![Tabung Solidariti Bersama Selangor FC kumpul lebih RM76,000 Tabung Solidariti Bersama Selangor FC kumpul lebih RM76,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720010562_AmirudinShari.jpg)
Tabung Solidariti Bersama Selangor FC kumpul lebih RM76,000
Jumlah keseluruhan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC yang bermula 26 Jun 2024 sehingga 2 Julai ditutup dengan sumbangan berjumlah RM76,490.06.
![Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719478739_GobindSinghDeo.jpg)
Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind
Kerajaan akan mengedarkan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan (AI) Negara kepada masyarakat umum dalam masa terdekat.
![Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720012916_TBHadis.jpg)
Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru
Daurah Hadis 40 Imam Nawawi diharap dapat meningkatkan kefahaman guru pendidikan Islam berkaitan Hadis 40 Imam Nawawi.
![Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719992977_MKulasegaran.jpg)
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024 yang bertujuan meluaskan kuasa Ketua Audit Negara bagi memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain.
![2,579 kesalahan tiada lesen memandu dikesan JPJ Sabah pada Operasi Aidiladha 2,579 kesalahan tiada lesen memandu dikesan JPJ Sabah pada Operasi Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720005001_JPJSabah.jpg)
2,579 kesalahan tiada lesen memandu dikesan JPJ Sabah pada Operasi Aidiladha
Kesalahan tiada CDL sebanyak 2,579 yang berjaya dikesan adalah kesalahan tertinggi direkodkan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) yang dilaksanakan JPJ Negeri Sabah antara 10 hingga 30 Jun lepas.
![Hukuman mati 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan - Liew Hukuman mati 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/51535433808_vuikeong.jpg)
Hukuman mati 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan - Liew
Jemaah Menteri memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan.