LIPIS: Kerajaan Pahang menerusi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) memberi jaminan mampu menyelesaikan masalah bekalan air bersih sebanyak 90 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.
Ia apabila kesemua projek di kawasan yang dikenal pasti mengalami gangguan di setiap daerah, siap sepenuhnya, kata Ketua Pegawai Eksekutif PAIP Saiful Zaini Mohd Bokhari.
Menurutnya, menerusi peruntukan sebanyak RM2.3 bilion, PAIP akan melaksanakan 217 projek menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) dan menggantikan paip lama serta peralatan tertentu, mulai tahun ini.
Sehingga kini, PAIP telah menyiapkan lima projek iaitu menaik taraf peralatan mekanikal dan elektrikal di LRA Seberang Tembeling dan naik taraf muka sauk di LRA Seberang Tembeling, kedua-duanya di Jerantut.
“Seterusnya, projek naik taraf sistem agihan di Bukit Koman, Raub; projek pemasangan pam di Kampung Gemuruh, Pekan; dan projek penggantian paip di Kampung Bolok Hilir, Temerloh.
“Enam lagi bilangan projek yang dijangka siap hujung tahun ini, dengan purata pembangunan semasa melebihi 60 peratus, ialah projek pemasangan pam di rumah pam Kobat, Kuantan; LRA Karak Fasa 2, Bentong; pemasangan pam air bersih di LRA Belimbing, Pekan; naik taraf sistem rawatan di LRA Seberang Tembeling, Jerantut; pemasangan kabel di muka sauk LRA Bera Kompleks, Bera; dan pemasangan paip dari Sungai Koyan ke Tanjung Gahai.
"Kesemua 11 projek ini, dianggar menelan belanja sebanyak RM12 juta, adalah sebahagian daripada 35 projek PAIP yang diberi keutamaan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PAIP yang dirasmikan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Fadzli Mohammad Kamal, mewakili Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, di Kampung Lubuk Kulit, dekat sini, semalam.
Pada majlis tersebut, Fadzli turut menyampaikan bantuan wang tunai sumbangan PAIP dan kerajaan negeri kepada seramai 30 orang penduduk kurang berkemampuan.
Saiful Zaini berkata, masalah utama bekalan air kerap terganggu, iaitu paip pecah, tekanan rendah, banjir, kerosakan loji, gangguan di muka sauk ketika kemarau dan kapasiti tangki, merupakan antara punca utama yang dikenal pasti.
Pihak PAIP sedang berusaha membaik pulih secara berperingkat berasaskan peruntukan tersebut.
Jelasnya, projek terbabit merupakan pelan secara holistik di bawah kerajaan negeri melibatkan kerja membaik pulih serta menaik taraf LRA, menukar paip lama berusia lebih 50 tahun, kerja kejuruteraan di muka sauk loji, pembinaan tangki, penggantian peralatan dan sebagainya.
"Komitmen PAIP juga sejajar dengan hasrat Wan Rosdy yang sentiasa mengambil berat serta memberi keutamaan kepada penyelesaian masalah air di negeri ini," katanya.
Dalam pada itu, Saiful Zaini berkata, PAIP memperuntukkan sebanyak RM6 juta untuk projek menaik taraf LRA di Bukit Betong (Jelai) dan penggantian paip lama bagi kemudahan bekalan air ke Kampung Lubuk Kulit, Kampung Beletik, Kampung Sungai Ular dan Kampung Sungai Padi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Jelai - melibatkan sebanyak 3,724 akaun pengguna.
Ujarnya, PAIP amat memahami ketidakselesaan penduduk di beberapa kawasan terkesan dan prihatin dengan hal tersebut segera mengutamakan projek membaik pulih dan menaik taraf sehingga keadaan kembali pulih.
"Saya berharap penduduk di kawasan terlibat masalah bekalan air dapat memberi kami (PAIP) masa untuk merangka pelan projek dan kerja menaik taraf LRA, termasuk penggantian paip lama dengan lebih cepat dalam tempoh tersebut," katanya.
Norfarhiza Mohd Atar
Thu Aug 25 2022

Fadzli (berdiri, tengah) dan Saiful Zaini (kanan) menyampaikan bantuan wang tunai kepada penduduk kurang berkemampuan sempena program tanggungjawab sosial korporat di Kampung Lubuk Kulit, Lipis, pada Rabu. - Foto Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

LRA Bukit Temoh kini beroperasi pada kapasiti 75 peratus - LAP
Situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.

Pulau Pinang salur lebih RM134 juta kepada sekolah Cina sejak 2009 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang telah menyalurkan lebih RM134.97 juta kepada sekolah Cina di seluruh negeri itu, sejak 2009.

Johor komited pastikan bekalan air bersih, stabil
Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha memastikan bekalan air bersih yang stabil dapat dinikmati oleh rakyat.

Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.

AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.

Israel sengaja potong bekalan air untuk hapuskan warga Palestin - HRW
Israel sedang melaksanakan pembasmian dan genosid dalam serangannya ke atas Gaza, khususnya dengan menyekat akses penduduk di sana kepada air.

Kerajaan Persekutuan fokus tingkat pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada meningkatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan.