NILAI: Pemilik akaun Twitter 'No War But Class War’ yang menciap status mengenai berita palsu kompaun raya di Nilai Impian, telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk memberi keterangan pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata keterangan suspek yang berusia 42 tahun itu telah diambil untuk tindakan lanjut siasatan.
Katanya, turut dirampas adalah gajet milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik status di media sosialnya pada 13 Mei lalu.
BACA: Kompaun raya: Polis siasat pemilik akaun Twitter disyaki sebar berita palsu
"Keterangan suspek telah diambil dan siasatan masih dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Nilai.
"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang menyebabkan kegentaran awam, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (no.2) 2021 kerana menyebarkan berita tidak benar," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Tambahnya, kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.
Suspek yang merupakan seorang pengurus syarikat penerbitan buku di Bandar Baru Bangi, kini dilepaskan dengan ikat jamin polis.
Pada Khamis lalu, tular gambar di Twitter yang memaparkan pemilik akaun ‘No War But Class War’ menaik status ‘Area Rumah Aku Nilai Impian. Tuan Rumah RM25K, Tetamu RM5K.
Polis kemudiannya menafikan penularan gambar yang tular di media sosial itu berhubung pelaksanaan operasi pihak polis yang mengenakan kompaun sebanyak RM30,000 kepada orang awam atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021.
Gambar tersebut sebaliknya merupakan gambar pemeriksaan rumah ke rumah pada hari raya pertama Aidilfitri di kawasan perumahan di Nilai Impian, Nilai.
Jelasnya, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan di laman sosial bagi mengelakkan tindakan undang-undang.
Artikel asal di Sinar Harian: Padah sebar berita palsu 'Tuan Rumah RM25K, Tetamu RM5K'
Sinar Harian
Mon May 17 2021

Pemilik akaun Twitter 'No War But Class War yang menciap status mengenai berita palsu kompaun raya di Nilai Impian, telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk beri keterangan. -Foto tular

RIUH Raya Kita 2025: Pemacu pertumbuhan industri kreatif, keusahawanan
Acara ini mempamerkan gabungan fesyen, seni, F&B dan gaya hidup, menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik.

Bursa Malaysia dijangka terus diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Pada asas Jumaat kepada Jumaat, indeks utama merosot 6.70 mata kepada 1,505.45 daripada 1,512.15 pada minggu sebelumnya.

Jalil Elias patah balik ke JDT, tak jadi ke San Lorenzo
Pemain yang memiliki kerakyatan Syria itu memuat naik keberadaannya di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, tiga hari lalu.

Bazar Ramadan Tani FAMA Perlis catat jualan RM1.4 juta
Nilai jualan itu melibatkan penyertaan 120 usahawan dan dijangka mencapai sasaran RM1.5 juta.

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke London
Malaysia Airlines akan menyambung semula operasi penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Heathrow, London hari ini.

Kapal MPMS buatan Turkiye bakal perkukuh keselamatan maritim negara
Perolehan kapal bernilai AS$68.8 juta ini mencerminkan hubungan erat Malaysia dan Turkiye dalam sektor pertahanan dan industri pembinaan kapal.

Kehadiran Duncan bantu pertingkat tahap kecergasan pasukan kebangsaan - Laine
Pemain tengah Harimau Malaya Nooa Laine mengakui kehadiran Dr Graig Duncan banyak membantu beliau dan rakan sepasukannya meningkatkan tahap kecergasan mereka menjelang pusingan ketiga Kelayakan Piala
Tahun 2024 rekod jumlah paling tinggi
Tahun 2024 mencatatkan angka kematian tertinggi bagi migran yang terkorban berdasarkan data Agensi Migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (IOM).
UK, Perancis, Jerman tuntut akses bantuan ke Gaza
Menteri luar UK, Perancis dan Jerman gesa gencatan senjata segera di Gaza, kecam korban awam dan desak Israel pulihkan akses kemanusiaan serta siasat serangan ke atas bangunan PBB.

Suspek buruan polis ditemui mati, mayat dikerat 8, disimpan dalam peti sejuk
Polis percaya motif pembunuhan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati dan dendam peribadi sepupu mangsa sendiri.

Padah sebar berita palsu 'Tuan Rumah RM25K, Tetamu RM5K'
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata keterangan suspek yang berusia 42 tahun itu telah diambil untuk tindakan lanjut siasatan.

Hina Nabi, polis tahan 'Alvin Chow'
Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Sekseyn 505 (c) kanun keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.