Menurut syarikat penerbangan itu dalam catatan di laman X, penerbangan yang beroperasi mengikut jadual ialah MH4 (Kuala Lumpur ke Heathrow London) dan MH1 (Heathrow London ke Kuala Lumpur).
Malaysia Airlines menasihatkan penumpang untuk mengemas kini maklumat hubungan mereka di bahagian 'My Booking' di laman web atau aplikasi mudah alih untuk menerima makluman penting dengan segera.
Lapangan terbang itu ditutup pada Jumaat selepas berlaku kebakaran di sebuah stesen janakuasa elektrik berhampiran menyebabkan bekalan elektrik terputus.
Menurut laporan berita, lebih 1,300 penerbangan, termasuk empat penerbangan Malaysia Airlines, terjejas akibat penutupan tersebut, menyaksikan penerbangan dialihkan atau kembali ke destinasi asal mereka.
-- BERNAMA
