IPOH: Tiga lelaki berusia antara 20 hingga 22 tahun ditahan polis kerana memiliki pistol tiruan dekat sini, pada Jumaat
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata tangkapan itu dibuat selepas video aksi mempamerkan pistol berkenaan menjadi tular.
Katanya, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah mengesan dan berjaya menangkap dua daripada mereka di Jalan Kampung Paloh di sini, sekitar jam 2.30 petang.
Menurut beliau ketika tangkapan dibuat satu senjata tiruan yang menyerupai senjata api jenis pistol semiautomatik turut dirampas.
"Seorang lagi lelaki yang terlibat telah ditahan jam lebih kurang 7 malam tadi. Ketiga-tiga lelaki yang ditahan mengaku membeli pistol tiruan tersebut serta telah berkumpul di hadapan sebuah rumah pada 5 Ogos sambil meminum minuman keras.
“Salah seorang daripada tiga lelaki tersebut telah mempamerkan pistol tiruan yang dimiliki dan dirakam oleh rakan yang lain sebelum ditularkan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Mior Faridalathrash berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata tiruan tanpa lesen yang sah.
Tambahnya jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya.
“Pihak polis menasihatkan kepada orang ramai agar tidak sesekali cuba untuk menularkan sebarang aksi dan perbuatan yang boleh mengganggu gugat keselamatan awam dan mendatangkan kegusaran kepada masyarakat,” tegas beliau.
Amirrul Rabbani
Fri Aug 06 2021

Siasatan mendapati, salah seorang daripada tiga lelaki tersebut telah mempamerkan pistol tiruan yang dimiliki dan dirakam oleh rakan yang lain sebelum ditularkan. - Gambar/ PDRM
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.

Miliki pistol tiruan, Yusoff Rawther didakwa sekali lagi
Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan, bulan lepas.

Lelaki tunggang motosikal sambil acu pistol tiruan ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal sambil memegang sebuah objek menyerupai pistol di sekitar Bukit Besar di sini, hari ini.

Pekerja kilang didakwa miliki bom buatan sendiri, pistol tiruan
Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki bahan letupan serta memiliki pistol tiruan tanpa kebenaran.

Beli pistol tiruan kerana hobi, juruteknik didenda RM2,000
Seorang juruteknik didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pistol tiruan yang dibeli secara dalam talian, dua hari lepas.

Padah lagak tayang pistol tiruan sambil minum arak, 3 lelaki ditahan polis
Tiga lelaki berusia antara 20 tahun sehingga 22 tahun telah ditahan pihak polis kerana memiliki pistol tiruan dekat sini pada Jumaat.

Lelaki ugut pelayan restoran guna pistol tiruan dibeli di media sosial ditahan polis
Polis menahan tiga lelaki berhubung kes menyamar sebagai pegawai polis dan melakukan ugutan jenayah ke atas seorang pelayan restoran di sebuah hotel dengan menggunakan pistol tiruan.

Minat miliki senjata api membawa padah
Minat mendalam seorang peniaga terhadap barangan senjata api membawa padah apabila dia ditahan pihak polis selepas disyaki menjual 12 pucuk pistol tiruan bernilai kira-kira RM10,000.