Minat mendalam seorang peniaga terhadap barangan senjata api membawa padah apabila dia ditahan pihak polis selepas disyaki menjual 12 pucuk pistol tiruan bernilai kira-kira RM10,000.
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, suspek berusia lingkungan 40-an yang berasal dari Negeri Sembilan itu dipercayai mendapatkan bekalan secara atas talian dari negara china.
Menurutnya, tindakan suspek itu berjaya dihidu pihak polis apabila lelaki terbabit menjual senjata api tiruan menjadi tular di laman sosial Facebook baru-baru ini.
“Bertindak hasil risikan dan maklumat, sepasukan Unit Penguatkuasaan dan Risikan perlesenan Melaka membuat serbuah di sebuah gerai di Pahlawan Walk, Jalan Plaza Mahkota di sini sebelum menahan suspek sekitar 9.30 malam, Jumaat lalu.
“Hasil serbuan ke atas sebuah gerai menjual kasut milik suspek, pasukan polis menemui beberapa senjata menyerupai senjata api di rak belakang kedai tanpa permit sah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini hari ini.
Abdul Jalil memberitahu, berdasarkan siasatan, suspek baru sahaja dua bulan menjalankan aktiviti penjualan tersebut dengan nilai setiap pistol antara RM800 hingga RM1,000 setiap satu.
Mengulas lanjut katanya, selain 12 senjata api tiruan pelbagi jenis itu, polis turut merampas satu kotak plastik warna biru, satu rak besi warna putih dan satu beg jenama Ferrari.
Beliau berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960.
Polis turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan tidak menjual mahupun membeli senjata api tiruan.
Raffi Bachik
Mon Feb 12 2018
Tindakan suspek itu berjaya dihidu pihak polis apabila lelaki terbabit menjual senjata api tiruan menjadi tular di laman sosial Facebook baru-baru ini. - Foto Astro AWANI
Hukuman 6 sebatan di khalayak ramai selesai dalam tempoh 2 minit
Pesalah khalwat berulang selasai menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai yang dilaksanakan di Masjid Masjid Al-Muktafi Billah Shah, pada Jumaat.
[TERKINI] PM Anwar bertemu Thaksin, bincang pelbagai isu kritikal serantau
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan membincangkan pelbagai isu kritikal serantau.
Kerja pembersihan tumpahan minyak sawit di Lebuhraya Karak selesai - LUAS
Kerja pembersihan tumpahan minyak susulan insiden kemalangan lori di Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur selesai dilaksanakan malam tadi.
Saham TNB: Melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Belanjawan itu akan disiarkan secara langsung di televisyen dan radio.
JPJ sita lori tercabut tayar, dipercayai punca kemalangan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita lori yang mengalami tayar tercabut dan dipercayai mengakibatkan kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.
AWANI Ringkas: Nahas Ayer Keroh: JPJ sita lori terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua pelayar maut dalam perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart
Dua pelayar maut dalam insiden berasingan semasa perlumbaan kapal layar tahunan Sydney ke Hobart, kata penganjur pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen
Katanya, 40 peratus lagi hasratnya belum tercapai, termasuk untuk mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Polis siasat klip video penceramah bebas didakwa hina agama, kaum
Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.
Polis sahkan rakam keterangan Ebit Lew, bantu kes gangguan seksual
Polis mengesahkan telah merakam keterangan pendakwah bebas, Ebit Lew bagi membantu siasatan kes gangguan seksual di Ibu Pejabat Polis Diraja Bukit Aman, hari ini.
Minat miliki senjata api membawa padah
Minat mendalam seorang peniaga terhadap barangan senjata api membawa padah apabila dia ditahan pihak polis selepas disyaki menjual 12 pucuk pistol tiruan bernilai kira-kira RM10,000.
Mayat bayi dalam perigi: Bapa saudara suspek utama - polis
Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, suspek berusia 28 tahun yang merupakan antara enam individu yang direman selepas disyaki terbabit kes berkenaan mempunyai rekod kesihatan penyakit mental.
Polis kenal pasti anggota terbabit kes pukul remaja
Pihaknya tidak akan berkrompomi atau melindungi mereka yang bersalah dan mahu pihak mereka diberi peluang menjalankan siasatan dengan teliti.
Penutur 'ale uto' golongan kurang kasih sayang?
Mana-mana individu yang gemar menutur frasa berunsur lucah, 'Ale Uto' diklasifikasikan golongan yang kurang kasih sayang selain mahu lebih perhatian daripada masyarakat, kata seorang pakar psikologi.
Polis kesan trend kongsi gelap berselindung di sebalik majlis rasmi
Polis menyedari trend ini dan mereka (kongsi gelap)turut menyasarkan majlis masyarakat, terutama yang dihadiri orang kenamaan.