Polis Kota Setar sudah memanggil dan mengenal pasti anggotanya yang terlibat dalam kes dakwaan seorang pemuda dibelasah sekumpulan anggota polis semasa dalam tahanan polis pada 6 November lepas untuk membantu siasatan.
Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya tidak akan berkrompomi atau melindungi mereka yang bersalah dan mahu pihak mereka diberi peluang menjalankan siasatan dengan teliti.
"Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan masih di peringkat awal. Siasatan ini termasuk meminta laporan daripada pihak hospital untuk membantu siasatan," katanya ketika ditemui di program Bicara Sosial - Kecelaruan Sosial, Ancaman Dadah dan Perpaduan di Pusat Konvensyen Universiti Utara Malaysia di sini, hari ini.
Pada 6 November lalu, seorang pemuda, Muhammad Zul Farhan Zulkifli, 23, mendakwa dia ditahan sekumpulan polis yang tidak memakai uniform di sebuah rumah di Taman Awana, Jalan Langgar di sini.
Mangsa mendakwa, dia kemudian dipukul dan digari sebelum di bawa ke bilik siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bersama dua lagi rakannya.
Ketika disoal siasat, mangsa dikatakan dipukul menggunakan kabel elektrik sepanjang kira-kira satu meter dalam keadaan tangan bergari sebelum direman bagi siasatan satu kes samun.
Akibatnya, mangsa mendapat kecederaan pada paha dan jari kelingkingnya yang bengkak teruk walaupun kejadian sudah hampir sebulan berlaku.
"Siasatan masih di peringkat awal dan masih banyak peringkat siasatan yang perlu dilalui. Pun begitu, saya akan pastikan siasatan dilakukan dengan seadil-adilnya," katanya.
Sementara itu, Abdul Jalil ketika mengulas program terbabit berkata, tujuan program yang turut dihadiri anggota polis, penghulu kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) itu diadakan untuk memastikan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa ini tetap terpelihara. -- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2016
Polis Kota Setar sudah memanggil dan mengenal pasti anggotanya yang terlibat dalam kes dakwaan seorang pemuda dibelasah sekumpulan anggota polis semasa dalam tahanan polis pada 6 November. -Gambar fail
[TERKINI] Kenaikan tarif elektrik tidak bebankan rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan, kenaikan tarif elektrik tahun depan tidak akan membebankan rakyat majoriti, sebaliknya ia hanya melibatkan golongan atasan.
Hukuman 6 sebatan di khalayak ramai selesai dalam tempoh 2 minit
Pesalah khalwat berulang selasai menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai yang dilaksanakan di Masjid Masjid Al-Muktafi Billah Shah, pada Jumaat.
[TERKINI] PM Anwar bertemu Thaksin, bincang pelbagai isu kritikal serantau
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan membincangkan pelbagai isu kritikal serantau.
Kerja pembersihan tumpahan minyak sawit di Lebuhraya Karak selesai - LUAS
Kerja pembersihan tumpahan minyak susulan insiden kemalangan lori di Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur selesai dilaksanakan malam tadi.
Saham TNB: Melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Belanjawan itu akan disiarkan secara langsung di televisyen dan radio.
JPJ sita lori tercabut tayar, dipercayai punca kemalangan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita lori yang mengalami tayar tercabut dan dipercayai mengakibatkan kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.
AWANI Ringkas: Nahas Ayer Keroh: JPJ sita lori terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua pelayar maut dalam perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart
Dua pelayar maut dalam insiden berasingan semasa perlumbaan kapal layar tahunan Sydney ke Hobart, kata penganjur pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Polis siasat klip video penceramah bebas didakwa hina agama, kaum
Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.
Polis sahkan rakam keterangan Ebit Lew, bantu kes gangguan seksual
Polis mengesahkan telah merakam keterangan pendakwah bebas, Ebit Lew bagi membantu siasatan kes gangguan seksual di Ibu Pejabat Polis Diraja Bukit Aman, hari ini.
Minat miliki senjata api membawa padah
Minat mendalam seorang peniaga terhadap barangan senjata api membawa padah apabila dia ditahan pihak polis selepas disyaki menjual 12 pucuk pistol tiruan bernilai kira-kira RM10,000.
Mayat bayi dalam perigi: Bapa saudara suspek utama - polis
Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, suspek berusia 28 tahun yang merupakan antara enam individu yang direman selepas disyaki terbabit kes berkenaan mempunyai rekod kesihatan penyakit mental.
Polis kenal pasti anggota terbabit kes pukul remaja
Pihaknya tidak akan berkrompomi atau melindungi mereka yang bersalah dan mahu pihak mereka diberi peluang menjalankan siasatan dengan teliti.
Penutur 'ale uto' golongan kurang kasih sayang?
Mana-mana individu yang gemar menutur frasa berunsur lucah, 'Ale Uto' diklasifikasikan golongan yang kurang kasih sayang selain mahu lebih perhatian daripada masyarakat, kata seorang pakar psikologi.
Polis kesan trend kongsi gelap berselindung di sebalik majlis rasmi
Polis menyedari trend ini dan mereka (kongsi gelap)turut menyasarkan majlis masyarakat, terutama yang dihadiri orang kenamaan.