PETALING JAYA:Polis menahan tiga lelaki berhubung kes menyamar sebagai pegawai polis dan melakukan ugutan jenayah ke atas seorang pelayan restoran di sebuah hotel dengan menggunakan pistol tiruan.
Ketua Polis Daerah Petaling, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian pukul 9.18 malam, 1 Disember lalu, seorang lelaki mengugut mangsa untuk memberikan butiran mengenai seorang pelanggan tetap restoran itu yang bergelar Datuk Seri.
Katanya, apabila mangsa tidak mengetahui butiran itu, suspek itu bertindak agresif dengan mengacukan objek menyerupai sepucuk pistol ke arah mangsa sambil mendakwa dirinya seorang anggota polis.
"Bertindak ke atas laporan mangsa, pada hari yang sama, polis menahan tiga lelaki warga tempatan berusia 19 hingga 51 tahun yang dipercayai ada kaitan denga kejadian itu, kira-kira pukul 2.30 petang," katanya pada kenyataan di sini, pada Ahad.
Nik Ezanee menambah, polis turut merampas sepucuk pistol tiruan, satu kelopak kosong pistol, sebuah kereta Toyota Vios, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan dua buah telefon bimbit.
Berdasarkan keterangan awal, beliau memberitahu, suspek berusia 22 tahun mengaku terlibat dalam kejadian itu dan mendedahkan dia membeli pistol tiruan itu menerusi media sosial dengan harga RM1,030.
Katanya, polis tahan reman lelaki itu selama empat hari manakala dua lagi rakannya dibebaskan dengan jaminan polis.
Kes itu jelasnya, disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 170 kanun sama dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.
Umavathi Ramayah
Sun Dec 06 2020

Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis tahan reman lelaki itu selama empat hari manakala dua lagi rakannya dibebaskan dengan jaminan polis. - Gambar fail/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat pembakaran terbuka di Balai Polis Bandar Utama
IPD Petaling Jaya tidak pernah membenarkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di mana-mana premis atau tempat pada bila-bila masa sekalipun.

Polis kesan pemandu Axia lawan arus
Pemandu kenderaan jenis Perodua Axia itu dikesan dan diminta tampil untuk siasatan berkaitan kejadian tersebut.

Ibu tunggal dan teman lelaki ditahan, dipercayai dera tiga beradik
Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya kerana dipercayai mendera tiga anak kandungnya yang berusia empat hingga tujuh tahun, di Kota Damansara, di Kota Damasara pada Jumaat.

Dua anggota polis Petaling Jaya peras ugut minta RM200 ditahan - Ketua Polis Daerah
Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel dari IPD Petaling Jaya ditahan selepas disyaki terbabit dengan kes pemerasan.

Bekas ratu cantik, rakan ditahan tumbuk polis, rempuh SJR
Bekas ratu cantik dan rakannya ditahan selepas bertindak agresif dengan menumbuk seorang anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan, di sini, pada awal pagi Khamis.

Lelaki lolos walaupun tayar kereta ditembak polis
Polis melepaskan satu das tembakan ke arah tayar sebuah kereta selepas pemandunya bertindak agresif cuba melanggar anggota polis yang sedang bertugas di Kayu Ara.

Jurutera rugi RM600,000, terpedaya pelaburan rumah
Mangsa dikatakan menerima tawaran daripada seorang peguam wanita yang kononnya menjanjikan keuntungan tinggi hasil pelaburan.

Kerana duit lama, pelajar kerugian RM5,250
Teruja kononnya akan mendapat RM80,000 hasil 'jualan' duit syiling lama, seorang pelajar IPT swasta terpaksa berputih mata apabila hangus RM5,250 ditipu sindiket penipuan.

Kes pukul tular: Pemandu teksi warga emas, penunggang motosikal ditahan
Apabila pergaduhan mulut berakhir menjadi insiden memukul.

Tunjuk 'pistol' kerana bunyi hon
Seorang lelaki yang mengugut pemandu e-hailing wanita dengan menunjukkan sepucuk pistol mainan dicekup polis tengah malam tadi.