PETALING JAYA: Polis melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta selepas pemandunya bertindak agresif cuba melanggar anggota yang sedang bertugas di Jalan Anggerik, Kampung Sungai, Kayu Ara di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.25 petang itu, satu das tembakan terpaksa dilepaskan apabila suspek enggan memberhentikan kereta selepas dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, suspek kemudian bertindak memandu melawan arus di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) sebelum meninggalkan kenderaannya di tepi jalan berhampiran Gereja Katolik SS25, di sini.
"Hasil pemeriksaan, polis menemukan pelbagai alat yang disyaki digunakan untuk aktiviti pecah cermin di sekitar Damansara," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, polis yakin suspek masih berada di kawasan Petaling Jaya dan gerakan memburunya giat dijalankan.
Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Adam Firdauz Ahmad di talian 012-7565464 atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Umavathi Ramayah
Thu Mar 25 2021
Hasil pemeriksaan, polis menemui pelbagai alat yang disyaki digunakan untuk aktiviti pecah cermin. - Gambar/ IPD Petaling Jaya
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Polis siasat pembakaran terbuka di Balai Polis Bandar Utama
IPD Petaling Jaya tidak pernah membenarkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di mana-mana premis atau tempat pada bila-bila masa sekalipun.
Polis kesan pemandu Axia lawan arus
Pemandu kenderaan jenis Perodua Axia itu dikesan dan diminta tampil untuk siasatan berkaitan kejadian tersebut.
Ibu tunggal dan teman lelaki ditahan, dipercayai dera tiga beradik
Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya kerana dipercayai mendera tiga anak kandungnya yang berusia empat hingga tujuh tahun, di Kota Damansara, di Kota Damasara pada Jumaat.
Dua anggota polis Petaling Jaya peras ugut minta RM200 ditahan - Ketua Polis Daerah
Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel dari IPD Petaling Jaya ditahan selepas disyaki terbabit dengan kes pemerasan.
Bekas ratu cantik, rakan ditahan tumbuk polis, rempuh SJR
Bekas ratu cantik dan rakannya ditahan selepas bertindak agresif dengan menumbuk seorang anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan, di sini, pada awal pagi Khamis.
Lelaki lolos walaupun tayar kereta ditembak polis
Polis melepaskan satu das tembakan ke arah tayar sebuah kereta selepas pemandunya bertindak agresif cuba melanggar anggota polis yang sedang bertugas di Kayu Ara.
Jurutera rugi RM600,000, terpedaya pelaburan rumah
Mangsa dikatakan menerima tawaran daripada seorang peguam wanita yang kononnya menjanjikan keuntungan tinggi hasil pelaburan.
Kerana duit lama, pelajar kerugian RM5,250
Teruja kononnya akan mendapat RM80,000 hasil 'jualan' duit syiling lama, seorang pelajar IPT swasta terpaksa berputih mata apabila hangus RM5,250 ditipu sindiket penipuan.
Kes pukul tular: Pemandu teksi warga emas, penunggang motosikal ditahan
Apabila pergaduhan mulut berakhir menjadi insiden memukul.
Tunjuk 'pistol' kerana bunyi hon
Seorang lelaki yang mengugut pemandu e-hailing wanita dengan menunjukkan sepucuk pistol mainan dicekup polis tengah malam tadi.