Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan Negeri Melaka, Datuk Ab Rahaman Ab Karim mengingatkan supaya ibu bapa dan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam memilih lokasi riadah demi keselamatan dan kesihatan anak-anak.
Beliau berkata ada kalanya orang ramai begitu leka dengan bahaya wabak kencing tikus.
“Ahli keluarga seperti ibu bapa ketika berekreasi di luar rumah perlu memilih tempat yang benar-benar selamat,” kata beliau.
Sebelum ini seorang kanak-kanak, Umar Abd Qayyum Yassir Arafat, 12, maut akibat positif leptospirosis selepas bermandi-manda di Taman Rekreasi Gunung Tampin, Negeri Sembilan.
Bapa mangsa Yassir Arafat Mahat, berkata anaknya disahkan positif penyakit itu selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Tampin, Negeri Sembilan walaupun selepas itu mangsa terpaksa dirujuk ke Hospital Melaka apabila keadaan semakin kritikal.
Mangsa meninggal dunia Isnin lalu pada jam kira-kira 6.12 petang.
Yassir berkata anaknya mengalami demam panas, seminggu selepas mereka sekeluarga bermandi-manda di taman rekreasi itu.
Beliau berkata perubahan anaknya semakin teruk apabila badan mulai sejuk selain mengalami sakit perut dan berpeluh serta sering meminta air kerana dahaga.
Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Repah, Tampin.
Yassir memohon pihak berkuasa segera mengambil tindakan dan melakukan pemantauan secara berkala di mana-mana lokasi riadah bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.
Astro Awani
Wed Dec 24 2014
Orang ramai diminta lebih berhati-hati memilih lokasi riadah demi keselamatan dan kesihatan anak-anak. - Gambar fail
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Ahli seismologi beri amaran kemungkinan letusan gunung berapi di Filipina
Gunung Kanlaon mengeluarkan kira-kira 10,449 tan sulfur dioksida dan merekodkan 55 gempa bumi gunung berapi dalam tempoh 24 jam lalu.
LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Gabungan air pasang besar berserta hujan lebat dan ribut menyebabkan fenomena ombak besar yang menghempas kawasan tepi laut Pulau Pinang terutama di sekitar Pantai Bersih.
Gempa 6.9 skala Richter landa Tonga
Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter menggegarkan 72km barat Pangai, Tonga pada 12:29 waktu tempatan Isnin.
UNICEF beri amaran lonjakan kes mpox dalam kalangan kanak-kanak di Afrika
Varian clade Ib menimbulkan kebimbangan kerana berpotensi untuk merebak merentasi pelbagai lapisan, terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
4 maut, 34 cedera dalam insiden letupan ketika protes di Nigeria
Letupan itu berlaku di Maiduguri, bandar utama Borno semasa protes yang tercetus di seluruh negara.
Pasukan pengaman dan misi PBB beri amaran mengenai 'kebakaran besar' antara Israel dan Hizbullah
Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan memberi amaran pada Ahad mengenai "kebakaran besar" antara Israel dan Hizbullah susulan serangan maut di Bandar Majdal Shams di Bukit Golan yang d
Filipina keluarkan amaran La Nina
Biro cuaca Filipina telah mengeluarkan amaran untuk La Nina, mencadangkan bahawa 70 peratus fenomena cuaca itu akan bermula pada Ogos dan berkemungkinan berterusan sehingga suku pertama tahun depan.
UNRWA beri amaran bencana alam sekitar, risiko kesihatan di Gaza
UNRWA memberi amaran mengenai bencana alam sekitar dan risiko kesihatan di Semenanjung Gaza.
Cuaca panas melampau di California hingga Jumaat
Suhu siang hari yang luar biasa tinggi diramalkan melambung melebihi 37.8 darjah Celsius di beberapa negeri hingga Jumaat.