Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) melaporkan bahawa letusan yang berlaku pada 11.57 malam waktu tempatan itu menjejaskan lebih 11,000 penduduk di enam kampung yang terletak di tiga mukim.
Badan Nasional Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Flores Timur dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan bahawa keenam-enam mangsa adalah dari kampung Klatanlo di Wulanggitang.
Menurut BPBD, pihak berkuasa tempatan telah menjadikan sekolah sebagai pusat pemindahan dan melanjutkan status amaran darurat selama 96 hari, dari 27 Sept hingga 31 Dis.
PVMBG menggesa penduduk sekitar Gunung Lewotobi Laki-Laki, termasuk pelawat dan pelancong supaya mengelakkan aktiviti dalam radius tujuh kilometer dari pusat letusan.
Mereka juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap risiko aliran lahar yang dicetuskan oleh hujan di sungai yang berasal dari puncak gunung semasa hujan lebat.
-- BERNAMA