ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.


1. 37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza

Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.



2. Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas

Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.


3. Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia

Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.


4. Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan

Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.


5. Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin

Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.


6. Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober

Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.


7. Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump

Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.


8. Malaysia kecam tindakan Israel, gesa campur tangan PBB dalam krisis Gaza

431 hari telah berlalu sejak serangan bermula, mengakibatkan lebih 44,000 kematian, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.


9. Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan

Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.


10. Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun

Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.