MELAKA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota komando yang dikhuatiri lemas selepas hilang semasa mengikuti latihan menyelam di perairan Pulau Undan, kini memasuki hari keempat.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, setakat semalam tiada petunjuk baharu ditemukan, dan operasi hari ini bagi mencari anggota komando yang berusia 25 tahun itu telah dimulakan kira-kira pukul 7 pagi.
"Operasi akan diteruskan dengan bantuan tambahan dari pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pula telah memaklumkan kejadian ini kepada Indonesia untuk memberi perhatian (memantau) di kawasan perairan mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah APMM Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, pencarian pagi ini dipecahkan kepada enam sektor bagi aset di laut dan dua sektor bagi aset di udara untuk memudahkan kerja-kerja pencarian.
"Sebanyak 17 aset diatur gerak ke lokasi pencarian terdiri daripada 15 aset laut dan dua aset udara dengan 205 orang anggota dari pelbagai agensi meliputi kawasan sektor pencarian seluas 1,000 kilometer persegi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC), Putrajaya telah memaklumkan kepada pihak Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia bagi membantu operasi ini kerana terdapat kemungkinan mangsa telah dihanyutkan ke perairan negara jiran itu berdasarkan data dan maklumat Search and Rescue Optimal Planning System (SAROPS).
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkannya terus ke Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam bagi membantu operasi," katanya.
Pada 7 Feb lepas, media melaporkan L/Kpl Edrin Baintim, 25 dikhuatiri lemas selepas hilang ketika menjalani latihan menyelam di 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023
![Operasi mencari anggota komando yang dikhuatiri lemas masuk hari keempat Operasi mencari anggota komando yang dikhuatiri lemas masuk hari keempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676003594_SAR.jpg)
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota komando yang dikhuatiri lemas selepas hilang semasa mengikuti latihan menyelam di perairan Pulau Undan, kini memasuki hari keempat. - Gambar ihsan APMM Melaka dan Negeri Sembilan
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![6 pemburu haram ditahan hasil siasatan, penyamaran 10 tahun 6 pemburu haram ditahan hasil siasatan, penyamaran 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692597901_pemburuharamKedah.jpg)
6 pemburu haram ditahan hasil siasatan, penyamaran 10 tahun
Perhilitan menahan enam pemburu haram dan merampas senjata api, busur serta anak panah, selain haiwan buruan termasuk kijang, rusa dan pelanduk.
![SAR anggota komando tumpu guna sonar SAR anggota komando tumpu guna sonar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676174425_TBADLYZAHARI.jpg)
SAR anggota komando tumpu guna sonar
Operasi SAR mangsa, Lans Koperal Edrin Baintim, yang memasuki hari keenam hari ini, bermula kira-kira 7 pagi.
![Operasi mencari anggota komando yang dikhuatiri lemas masuk hari keempat Operasi mencari anggota komando yang dikhuatiri lemas masuk hari keempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676003594_SAR.jpg)
Operasi mencari anggota komando yang dikhuatiri lemas masuk hari keempat
Setakat semalam tiada petunjuk baharu ditemukan.
![Pahang tubuh pasukan 'komando' bersenjata api tangani penerokaan tanah secara haram Pahang tubuh pasukan 'komando' bersenjata api tangani penerokaan tanah secara haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635523689_pasukankhastangani.jpg)
Pahang tubuh pasukan 'komando' bersenjata api tangani penerokaan tanah secara haram
Pasukan khas di bawah Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) itu disertai 20 anggota berusia di bawah 35 tahun.
![Kes tembak PGA di sempadan: 6 anggota sindiket penyeludupan ditahan Kes tembak PGA di sempadan: 6 anggota sindiket penyeludupan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61606211638_anggotaPGA.jpg)
Kes tembak PGA di sempadan: 6 anggota sindiket penyeludupan ditahan
Dua suspek warga Thailand berjaya ditahan pasukan VAT69 di kawasan sempadan di Padang Besar sebelah Malaysia.
![Komando VAT69 'insurans' negara, kata KPN Komando VAT69 'insurans' negara, kata KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81571828620_TANSRIABDULHAMID.jpg)
Komando VAT69 'insurans' negara, kata KPN
Anggota dalam pasukan elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu memang cukup terlatih dan memberikan banyak sumbangan kepada negara.
![Jenazah Mejar Mohd Zahir selamat dikebumikan Jenazah Mejar Mohd Zahir selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71567647471_TBKEBUMIZAHIR.jpg)
Jenazah Mejar Mohd Zahir selamat dikebumikan
Allahyarham, 36 tahun, pegawai komando dari pasukan 11 Rejimen Gerup Gerak Khas, meninggal dunia akibat terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
![Rakan Mohd Zahir, disiasat polis Rakan Mohd Zahir, disiasat polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41567576982_TOPBOXBELASUNGKAWA.jpg)
Rakan Mohd Zahir, disiasat polis
Susulan itu, anggota tentera berusia 37 tahun yang melepaskan tembakan itu ditahan untuk tindakan lanjut berhubung insiden yang berlaku pagi ini.
![TDM akan tubuh lembaga siasatan kenal pasti punca kejadian kematian Mohd Zahir TDM akan tubuh lembaga siasatan kenal pasti punca kejadian kematian Mohd Zahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/61567576314_TOPBOXBELASUNGKAWA.jpg)
TDM akan tubuh lembaga siasatan kenal pasti punca kejadian kematian Mohd Zahir
Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, 36 tahun merupakan pegawai dari pasukan 11 Rejimen Gerakhas, Kem Sungai Udang, Melaka.
![Tiga pengawal peribadi Hishammuddin diarah lapor diri kepada ATM Tiga pengawal peribadi Hishammuddin diarah lapor diri kepada ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/41529207590_matsabu.jpg)
Tiga pengawal peribadi Hishammuddin diarah lapor diri kepada ATM
Tanpa mendedahkan butiran mereka, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata ketika ini kementeriannya sedang membuat siasatan berhubung perkara itu.