Kebimbangan penduduk tepi pantai sabak di Kelantan terhadap ancaman ombak dan air pasang besar yang sebelum ini dilaporkan Astro Awani akhirnya menjadi kenyataan.

Ini kerana air pasang besar dan ombak tinggi mula membadai kawasan tepi Pantai Sabak sejak empat hari lalu.

Ia menyebabkan kawasan rumah dan sekolah digenangi air masin.

Tinjauan yang dijalankan Astro Awani pada malam Sabtu mendapati penduduk kini berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Menurut salah seorang penduduk Salleh Mat, air laut melimpah melalui Kuala Pantai Sabak dan terus memasuki perkarangan rumahnya.

Sebanyak 10 rumah dan Sekolah Rendah Kebangsaan Pantai Sabak terlibat dengan air pasang ini.