Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan keadaan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin stabil berbanding awal minggu lalu.
"Alhamdulillah, saya dapat menziarahi Tok Guru (Nik Aziz). Beliau dalam keadaan yang stabil.
"Lihat apa yang berlaku daripada awal, hari ini Tok Guru nampak lebih stabil," kata Haron dalam temubual ringkas bersama media di perkarangan Unit Rawatan Rapi Neuro HUSM, pada Jumaat.
Pada masa sama, Haron berkata Nik Aziz masih mengingati beliau sekaligus memberi indikasi ingatan Nik Aziz masih dalam keadaan baik.
Menurut Haron, beberapa peralatan kesihatan telah ditanggalkan daripada anggota badan Nik Aziz sekaligus menunjukkan beliau memberi reaksi positif kepada rawatan yang diberikan.
Justeru, Haron berharap agar semua pihak terus berdoa kepada Allah SWT supaya memberi kesihatan yang baik kepada Nik Aziz.
Beliau sebelum itu tiba di HUSM kira-kira jam 9.50 pagi diiringi anak Nik Aziz, Nik Mohamad Abduh serta beberapa pemimpin PAS.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Jan 23 2015
Haron berharap agar semua pihak terus berdoa kepada Allah SWT supaya memberi kesihatan yang baik kepada Nik Aziz.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Orde baharu dunia sedang dibentuk - Presiden Azerbaijan
Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkata orde baharu dunia sedang dibentuk dan dunia kini berada pada permulaan proses itu.
Pengurus syarikat rugi lebih RM1.6 juta akibat pelaburan kripto tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta di Ampang Jaya mengalami kerugian lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang tidak wujud yang diiklankan di laman sosial Facebook.
Lori terbakar bergerak sendiri disyaki akibat masalah enjin
Pemandu mengesan asap keluar dari bahagian enjin dan cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan, namun gagal apabila api semakin marak.
10 Berita Pilihan - (14 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 15 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Anwar akan segera kemuka Kertas Kabinet, aplikasi teknologi AI dalam perkhidmatan kerajaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk segera mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai dalam sistem perkhidmatan kerajaan.
Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee
Beberapa undang-undang, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.
ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau.
Azmin sebak, hiba sewaktu lawat pusara Haron Din di California
Azmin sebak mengenangkan pertemuan terakhir dengan Allahyarham Haron pada 9 September 2016 di Masjid Al Umm, Bangi.
Usaha menyatukan UMNO-Pas sudah bermula sejak 1998 - Ahmad Zahid
Hubungan kedua-dua parti masih berjalan meskipun ada pihak tidak berapa senang dan berterusan mencari jalan untuk merenggangkan mereka.
Umat Islam berduka pemergian Allahyarham Hassan Din
Pemergian tokoh agama terkenal Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz hari ini bukan sahaja 'ditangisi' rakan-rakan pendakwah, malah pemimpin negara.
Baju Allahyarham Haron Din mencapai harga RM3,500 ketika dilelong
Sepersalinan baju Melayu berwarna hijau milik bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din mencapai harga RM3500 ketika dilelong.
Ustaz Ishak Din meninggal dunia
Kesihatan arwah yang berusia 78 tahun itu semakin merosot selepas menjalani pembedahan jantung di pusat perubatan itu pada Jumaat lepas.
Ahmad Yakob tidak berminat jawatan Mursyidul Am PAS
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob yang lebih selesa dengan jawatan tersebut mencadangkan supaya tokoh lain dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan itu berikutan kematian penyandangnya.
Jeff Ooi beri keterangan berhubung tweet Haron Din
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang untuk memberi keterangan berhubung tweetnya mengenai Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
Lelaki direman berkenaan kenyataan Facebook mengenai Haron Din
Lelaki yang juga ahli perniagaan berumur 69 tahun itu didakwa membuat kenyataan berunsur penghinaan di laman sosial Facebook miliknya.
Jeff Ooi serah diri esok - Peguam
Peguamnya RSN Rayer berkata anak guamnya akan hadir di balai polis itu, tengah hari esok.
Dua ditahan susulan kenyataan di Facebook berkaitan kematian Haron Din - KPN Khalid
Pengesahan penangkapan itu dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam posting terbaru di akaun Twitternya pada Isnin.