PUTATAN: Seorang nenek bersama dua cucunya nekad terjun ke dalam laut demi menyelamatkan diri apabila rumah mereka terbakar dalam kejadian di Kampung Meruntum di sini petang Sabtu.
Mangsa kebakaran, Mohd Zarul Zamani, 27, berkata, ketika kejadian dia berada di Pekan Putatan untuk membeli makanan manakala ibu dan dua anak saudaranya berusia dua tahun berada di rumah.
"Tidak sampai lima minit saya keluar, tiba-tiba terima panggilan rumah kami terbakar dan saya bergegas pulang sebelum mendapati api sedang marak selain asap tebal.
"Tanpa berfikir panjang saya terjun ke laut dan segera menuju ke arah rumah dengan menggunakan perahu.
"Ibu saya juga terjun ke laut bersama dua cucunya melalui pintu belakang dan saya menyambut mereka menggunakan perahu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada pagi Ahad.
Menurut Mohd Zarul, dia hanya sempat menyelamatkan ahli keluarga bersama dokumen penting sahaja manakala barang-barang rumah semuanya musnah.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Laydia Bantunan, 60, berkata, kebakaran itu menyebabkan dia mengalami kerugian lebih RM20,000 termasuk wang tunai dan barangan jualan tidak dapat diselamatkan.
"Saya dan suami cuma sempat selamatkan diri bersama dua cucu saja.
"Sekarang kami tinggal sehelai sepinggang sebab semua pakaian, wang tunai, emas, barangan elektrik dan barangan jualan terbakar," katanya yang juga seorang peniaga di kampung berkenaan.
Katanya lagi, dia tidak sedar berlaku kebakaran itu, namun cucunya yang berusia 11 tahun memberitahu ternampak asap tebal tidak jauh dari rumah mereka.
"Saya juga terhidu bau asap dan meminta suami periksa jika ada barangan elektrik terbakar tetapi semuanya dalam keadaan baik," katanya yang menetap di kawasan itu sejak 30 tahun lalu.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Ir Shahelmey Yahya yang hadir meninjau kawasan kebakaran berkata, kejadian itu melibatkan sebanyak 35 buah rumah.
"Sebanyak 45 keluarga terjejas dan jumlah keseluruhan mangsa adalah seramai 221 penghuni. Proses pendaftaran masih sedang dijalankan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Serigai.
"Penduduk yang terjejas yang belum mendaftar diminta berbuat demikian di PPS itu bagi mengemaskini data," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah berkata, semua mangsa ditempatkan selama tiga hari di PPS terbabit namun pihaknya bersedia untuk melanjutkan sehingga tujuh hari sementara penduduk yang terjejas dapat mencari tempat tinggal lain selepas itu.
Hadir sama dalam tinjauan itu Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Arifin Mohd Arif yang turut memaklumkan bahawa Pusat Zakat Sabah dan Baitulmal akan menyalurkan bantuan serta sumbangan kepada mangsa yang terjejas bermula Isnin.
Dalam kebakaran kira-kira 5.30 petang Sabtu, puluhan rumah di atas air musnah dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah turut mengesahkan tiga anggotanya cedera akibat terkena renjatan elektrik ketika dalam operasi memadamkan kebakaran di kawasan itu.
Bagaimanapun, semua anggota terbabit kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital.
Artikel asal di Sinar Harian: Nenek, dua cucu nekad terjun laut elak terperangkap kebakaran
Sinar Harian
Sun May 16 2021
Mohd Zarul meninjau keadaan rumahnya yang musnah akibat kebakaran di Kampung Meruntum, Putatan. (Gambar kecil: Laydia Bantunan) - Foto Sinar Harian
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Peningkatan astronomikal harga rumah di bandar tidak tercapai akal
Jelas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, satu unit kondominium 1,000 kaki bernilai RM500,000 justeru GLC berkaitan dicadangkan bina rumah mampu milik kerana tanggungjawab terhadap rakyat dan bukan meraih keuntungan semata-mata.
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
Rumah kedai terbakar di Kajang, empat mangsa terselamat
Sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, musnah dalam kebakaran pada awal pagi ini.
Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Ranau
Dalam kejadian pukul 1.20 pagi, Wong Ling Ying, 74, dijumpai di rumahnya yang terbakar 99 peratus manakala rumah kedua terbakar 50 peratus.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar: 51 pesakit dipindahkan
Pada masa sama, terdapat lapan pesakit di Jabatan Kecemasan yang terkesan akibat insiden tersebut.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar
Sebuah bangunan menempatkan stor farmasi Hospital Papar hangus terbakar, manakala bilik makmal kajian hanya terkena bahangan api dalam kejadian kira-kira 7 malam ini.
Puluhan dron serang Moscow, operasi di lapangan terbang ditangguhkan
Seorang wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan pada leher, muka, dan tangan, dan kini sedang dirawat di hospital.
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Dewan Arena Square terbakar, dipercayai libatkan penggunaan bunga api tanpa kebenaran
Suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini untuk permohonan reman.
Remaja perempuan warga China rentung dalam kebakaran di Miri
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Yuan Ruohan, ditemukan dalam rumah berkembar itu yang terbakar kira-kira 70 peratus.
Lapan maut, tiga cedera kilang minyak masak terbakar
Sekurang-kurangnya lapan maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran besar sebuah kilang minyak masak di Bekasi Jakarta Indonesia pada Jumaat.
11 motosikal musnah dalam kebakaran
Kebakaran kira-kira 6.50 pagi itu turut memusnahkan sebuah lori yang diparkir berhampiran garaj berkenaan.