Negara mempunyai peruntukan undang-undang yang cukup untuk menangani isu 'kehilangan secara paksa' pada masa ini.
Justeru, Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Ahmad Marthada Mohamed menegaskan, belum timbul keperluan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai isu tersebut.
"Isu ini tidak perlu ditangani secara mendesak. Kerana, kita dapati, walaupun ia berlaku, saya tidak fikir ada kebarangkalian untuk ia berlaku dalam frekuensi yang kerap.
"Jadi, walaupun ia perkara serius, menandatangani (konvensyen) bukanlah satu perkara yang sangat-sangat diperlukan pada ketika ini," katanya.
Bagaimanapun, katanya, pihak luar tidak perlu campur tangan dalam isu ini memandangkan peruntukan undang-undang serta agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaaan sedia ada memadai untuk menangani dan menguruskannya.
TONTON: Keperluan Ratifikasi Konvensyen Antarabangsa kehilangan secara paksa
BACA: Keterangan ikut keadaan bantu rungkai misteri kehilangan Raymond, Amri
Ahmad Marthada berkata demikian ketika mengulas cadangan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Mah Weng Kwai yang mahu Malaysia meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa mengenai kehilangan secara paksa bagi menangani kehilangan seperti dalam kes aktivis sosial Amri Che Mat dan pastor Raymond Koh Keng Joo.
Mah berkata, undang-undang tempatan yang ada ketika ini tidak mempunyai peruntukan secara spesifik mengenai kehilangan secara paksa.
Dalam pada itu, kata Ahmad Marthada, paling penting ialah kerjasama dalam mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa dari negara-negara luar yang terlibat dalam sesuatu isu.
"Misalnya, mungkin ada maklumat yang mengatakan bahawa kehilangan individu itu boleh dicari di Thailand atau Indonesia, jadi kerjasama yang baik yang terjalin di antara negara kita dengan kedua-dua negara tersebut boleh membantu.
"Pada saya, kita tidak lagi perlu untuk menandatangani perjanjian sepertimana yang ditandatangani sebelum ini oleh beberapa negara lain, bagi menyelesaikan kes kehilangan secara paksa ini," ujarnya.
Sebelum ini, Mah turut menyifatkan keterangan yang mereka telah kumpul membabitkan kes kehilangan paksa Raymond dan Amri adalah keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence).
Katanya, walaupun ia hanya keterangan mengikut keadaan, namun ia kukuh bagi melakukan pendakwaan.
Raymond yang merupakan pengasas persatuan Harapan Komuniti, dipercayai diculik ketika memandu oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, kurang 100 meter dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya pada 13 Februari 2017.
Rakaman kejadian menunjukkan ia ia dipercayai satu rancangan rapi membabitkan lebih daripada sepuluh lelaki dan tujuh kenderaan.
Sementara Amri, 44 tahun, pengasas bersama persatuan kebajikan Perlis Hope, hilang sejak 24 November 2016.
Wan Syamsul Amly
Fri Apr 05 2019

AHMAD MARTHADA: Walaupun kehilangan secara paksa ialah perkara serius, menandatangani konvensyen bukanlah satu perkara yang sangat-sangat diperlukan pada ketika ini. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PAU2020: UMNO perlu 'kawan' untuk kembali jadi kerajaan
Di sebalik keyakinan untuk kembali menguasai Putrajaya, pemerhati politik melihat BN memerlukan 'kawan' untuk kembali menjadi kerajaan serta mentadbir negara.

Belanjawan 2021: Dr Mahathir mahu kerajaan lebih empati situasi rakyat - Penganalisis
Pendirian Dr Mahathir buktikan beliau mahukan kerajaan mempamerkan lebih empati dan keprihatinan terhadap situasi semasa rakyat.

Darurat: Kabinet masih berfungsi, tertakluk keputusan Yang di-Pertuan Agong - Penganalisis
Tidak timbul isu di mana Kabinet perlu ditukar atau ahlinya perlu meletak jawatan kerana semuanya bergantung kepada Yang di-Pertuan Agong.

Negara cukup undang-undang tangani isu kehilangan secara paksa - Penganalisis
Prof Dr Ahmad Marthada Mohamed menegaskan, belum timbul keperluan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai isu tersebut.

Guling Tun M: Gimik politik alihkan isu melanda Pas
Ahmad Marthada berpendapat, ia bagi mengalihkan isu yang melanda Pas ketika ini terutama dalam kes dana RM90 juta dan hubungan Pas dengan UMNO di Semenyih.

Pemuda UMNO bukan lagi 'yes man' - Penganalisis
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, tindakan Pemuda UMNO juga tidak seharusnya dikritik memandangkan ia langkah perlu dalam usaha mentransformasikan parti Melayu itu.

Kerjasama Pas-UMNO kini formal - Penganalisis politik
Kehadiran beberapa pimpinan UMNO jelas tanda sokongan kepada calon Pas, Dr Halimah Ali dan ia menunjukkan kebersamaan dalam konteks pembangkang.