SEREMBAN: Polis telah membuka kertas siasatan terhadap selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor selepas gambarnya yang mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Mohd. Said Ibrahim berkata, kertas siasatan dibuka susulan Neelofa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka sepertimana diwajibkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Ini termasuklah kepada mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd. Said, penjelasan berkenaan SOP tersebut juga telah dikeluarkan oleh KKM setelah kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam mulai 1 Ogos 2020.
“Oleh yang demikian, satu siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan [Akta 574] dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U.(A)225/2021],” katanya.
Jelas beliau, pihak polis tidak akan berkompromi dalam mengambil apa saja tindakan bagi memastikan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan peraturan yang ditetapkan oleh KKM sentiasa dipatuhi.
BACA: Neelofa, PU Riz mengaku tidak bersalah langgar SOP PKPB
BACA: Neelofa okey, patuh arahan mahkamah - Peguam
Pada Khamis, Noor Neelofa dan suaminya Muhammad Haris Mohd. Ismal yang hadir ke Mahkamah Majistret Seremban di sini semalam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika berada di sebuah premis menjual karpet di Nilai 3 pada 2 Mei lalu.
Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk mendaftar masuk ke premis.
Muhammad Haris pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
Kedua-dua mereka dituduh di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.
Hakim Rahman
Fri May 21 2021
Usahawan dan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahan melanggar SOP PKPB di sebuah kedai karpet di Nilai. - fotoBERNAMA
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Kongsi gambar Bilal di media sosial: "Hormati privasi keluarga saya" - Neelofa
Neelofa mengaku kesal terhadap pihak yang kongsi gambar wajah anaknya di laman sosial tanpa kebenaran.
Ibu Neelofa antara 7 individu diambil keterangan berkaitan dakwaan hina Sultan Johor - Polis
Noor Kartini Mohamed Noor hadir memberi keterangan dua jam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam hari ini.
Polis akan rakam keterangan ibu Neelofa
Polis Selangor akan merakam keterangan Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang juga ibu kepada selebriti Noor Neelofa Mohd Noor.
Neelofa disiasat lagi, kali ini tidak pakai pelitup muka ketika hadir di mahkamah
Polis akan menjalankan siasatan terhadap selebriti Noor Neelofa Mohd Noor yang didakwa mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis.
Neelofa okey, patuh arahan mahkamah - Peguam
Muhammad Haris berdepan dua pertuduhan dan dikenakan ikat jamin RM10,000 manakala Neelofa yang berdepan satu pertuduhan pula dikenakan ikat jamin RM5,000.
Isu pematuhan SOP, keluarga Neelofa dipanggil beri keterangan Selasa
Selain keluarga Neelofa, polis juga menjangkakan kehadiran pihak penganjur majlis pernikahan yang berlangsung pada Sabtu lalu itu.
Sama cantik, sama padan, Neelofa sah bergelar isteri PU Riz
Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya PU Riz dengan sekali lafaz tepat jam 11.43 pagi di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada Sabtu.
Neelofa, PU Riz naik pelamin Sabtu ini?
Pasangan berkenaan akan melangsungkan majlis akad nikah dalam sebuah acara tertutup di sebuah hotel lima bintang di sekitar lingkaran KLCC.
Teka-teki Neelofa, PU Riz berkahwin terjawab minggu ini?
Pasangan selebriti popular, Neelofa dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz dikatakan bakal membina mahligai perkahwinan, hujung minggu ini.
"Terkena minyak pengasih tuduhan berat" - Neelofa
"Cerita itu (terkena minyak pengasih) adalah tidak benar sama sekali dan sejujurnya, ia merupakan satu tuduhan yang amat berat."