SUNGAI PETANI: Sepasang suami isteri bersama seorang anak perempuan berusia 12 bulan terpaksa tidur di dalam kereta di hadapan sebuah stesen minyak kerana tiada wang untuk menyewa rumah.
Mohd Shazwan Ismail, 29, dan isteri, Khairul Amirah Tiss Shahirah Hashim, 25, tiada pilihan lain selain daripada berbuat demikian selepas membuat keputusan keluar dari kediaman bapa yang ditumpanginya sebelum ini.
Kata Mohd Shazwan, dia dan isterinya sangat-sangat buntu ke mana mahu mengadu selain pernah berhasrat mencagarkan kereta Proton Wira miliknya untuk mendapatkan rumah sewa.
Mohd Shazwan sebelum ini bekerja sebagai pembancuh minuman dan terputus sumber pendapatan selepas kedai makan tempatnya bekerja terpaksa ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP).
Katanya, sepanjang empat hari tinggal dalam kereta, dia sentiasa risau memikirkan anaknya Nur Iman Saffiya yang tidak selesa terpaksa duduk dalam kawasan sempit selain gangguan nyamuk terutama pada waktu malam.
"Kalau nak mandi kami ke stesen minyak, waktu malam risau juga sebab PKP, tapi Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku sebab kami hanya letak kereta dan tak keluar ke mana pun," katanya berkongsi cerita dengan Astro AWANI ketika ditemui.
Lantaran tidak mempunyai wang, isteri Mohd Shazwan, Khairul Amirah terpaksa membuat lampin anak mereka sendiri dengan kain kerana tidak mampu untuk membeli lampin pakai buang.
Kata Khairul Amirah, mujur juga anaknya menyusu badan, justeru tidak perlu dirisaukan sangat tentang perbelanjaan untuk membeli susu.
“Cuma saya saja yang kami fikir, asalkan ada tempat berteduh sudah cukup sebab anak kami masih kecil, kasihan dia. Sebab itu kami kena juga cari rumah,” kata Khairul Amirah.
Kepayahan dan kesulitan hidup Mohd Shazwan tiga beranak, bagaimanapun, mendapat perhatian sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Nasuha yang dengan segera berusaha mencari sebuah rumah sewa bagi keluarga itu.
Inisiatif Nasuha untuk membantu Mohd Shazwan tercetus selepas salah seorang daripada ahli pertubuhan itu ternampak keluarga ini berteduh di dalam kereta.
Menurut wakil Nasuha, Mohamad Ridzuan Osman, pihaknya segera mencarikan rumah sewa di Taman Ria bagi membolehkan keluarga itu tinggal.
Mohamad Ridzuan berkata, Nasuha akan membiayai duit rumah sewa itu setiap bulan sehingga Mohd Shazwan memperolehi pendapatan kembali.
“Kalau dia (Mohd Shazwan) masih tidak boleh nak bayar sewa (rumah) lagi disebabkan tiada kerja dan sekiranya PKP bersambung, memandangkan dia dapat gaji hari, kita akan bantu untuk bayar sewa rumah dia sehingga dia dapat pekerjaan yang boleh tanggung sewa itu,” kata Mohd Ridzuan.
Sementara itu, sesiapa yang ingin menghulur bantuan kepada Mohd Shazwan boleh berbuat demikian dengan menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0299541000431755 milik Khairul Amirah Tiss Shahirah Hashim atau menghubungi pasangan itu di talian 011-31813595.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bantuan itu bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 billion.
Sejumlah RM300,000 juga diberikan kepada semua Ahli Parlimen bagi program Bantuan Bakul Makanan seperti yang diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mula disalurkan pada 1 Julai.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Jul 10 2021

Kepayahan dan kesulitan hidup Mohd Shazwan tiga beranak, bagaimanapun, mendapat perhatian sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Nasuha yang dengan segera berusaha mencari sebuah rumah sewa bagi keluarga itu. - Gambar Astro AWANI

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Banjir Pahang: Tiga beranak tidur dalam kereta
Saniah Salleh, 54 mendakwa, situasi itu dihadapi apabila kediaman mereka dinaiki air pada waktu malam.

Hampir dua minggu tidur dalam kereta, keluarga dapat bantuan orang ramai
Sebelum ini, kisah Grace mendapat perhatian apabila beliau dan sekeluarga diusir oleh penyewa rumah lama.

Wanita panik anak terperangkap dalam kereta
Kanak-kanak perempuan tertidur selama 30 minit dalam kereta yang terkunci dari dalam ketika ibunya keluar membeli makanan.

Dua bulan pak cik tidur dalam kereta, Aidiladha ini direzekikan rumah
Simpati dengan kehidupan pak cik yang serba susah, Ustaz Ebit menghadiahkannya sebuah rumah sewa yang menempatkan juga kucing-kucing yang dijaga pakcik selama ini.

Nasib tiga beranak terpaksa tidur dalam kereta dapat perhatian
Mohd Shazwan pernah berhasrat cagar kereta semata-mata untuk dapatkan rumah sewa untuk berlindung bersama isteri dan anaknya yang berusia 12 bulan.

Pusat pemindahan penuh, empat beranak tidur dalam kereta di Kota Tinggi
Empat beranak terpaksa tidur di dalam kereta setelah gagal mendapat tempat di pusat pemindahan banjir.

Kanak-kanak lelaki dua tahun terperangkap dalam kereta di Muar
Muhammad Ammar Najwan Ahmad Kamal dipercayai sedang tidur di dalam kereta jenis Nissan X-Trail.

Kes lemas tidur dalam kereta: Mangsa ketiga meninggal dunia
Nor Adilah Mohd Safwan, 21, meninggal dunia pada jam 4.23 petang ketika dirawat di Hospital Angkatan Tentera Lumut.

Kes lemas tidur dalam kereta: Berhenti rehat sebab pening, tidak sihat
Dalam kejadian yang disedari jam 1.40 pagi itu, rakannya, Ayuni Shazwanie Shabri, 21, turut meninggal dunia manakala dua lagi rakan mereka termasuk pemandu kereta itu kritikal.

Dua penuntut maut, dua kritikal terhidu karbon monoksida ketika tidur dalam kereta
Kesemua mangsa merupakan rakan baik dan belajar di kolej yang sama dalam jurusan farmasi dan kini sedang menunggu hari konvokesyen.