KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua minggu terpaksa menjadikan kereta usang sebagai tempat berteduh, Grace Edward dan keluarga kini boleh menarik nafas lega apabila dapat menyewa rumah baharu di Puchong, dekat sini, sini sejak Isnin lepas, hasil keprihatinan dan sumbangan orang ramai.
Grace, 37, seorang suri rumah, melahirkan rasa syukur dengan bantuan itu, malah suaminya, Kumar Subramaniam, 37, yang sebelum ini diberhentikan kerja sebagai mekanik juga telah ditawarkan kerja di bengkel kereta berhampiran dengan kediaman yang disewanya itu.
Katanya, ketika mereka sekeluarga dihimpit kesusahan, masih ramai yang peduli dan membantu sehinggakan wang sumbangan yang diterima membolehkannya membayar deposit rumah sewa selain melangsaikan hutang lama dan membeli keperluan asas rumah.
"Saya tidak terfikir akan dapat rumah ini (menyewa) secepat mungkin. Saya amat gembira dan sudah tidak ada lagi perasaan ketakutan apabila tidur dalam kereta hampir dua minggu.
"Pada awalnya saya fikir mungkin bantuan biasa sahaja, tapi rakyat Malaysia sungguh luar biasa. Saya terharu dengan sokongan dan berterima kasih kepada semua yang menyumbang, tidak tahu bagaimana saya mahu membalasnya," katanya kepada Bernama.
Sebelum ini, kisah Grace mendapat perhatian apabila beliau dan sekeluarga diusir oleh penyewa rumah lama kerana tidak mampu lagi membayar sewa bulanan dan terpaksa menjadikan kereta Proton Saga Aeroback sebagai kediaman sementara menantikan bantuan.
Anak jati Puchong itu juga tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga anak lelaki tunggalnya, Sriitharan Kumar, 6, selain menjaga ibunya yang menderita sakit buah pinggang dan mempunyai gejala long COVID.
Sebelum itu, majikan suaminya terpaksa memberhentikannya kerana dia tidak boleh lagi bekerja dalam tempoh yang lama selain tidak boleh melakukan kerja berat kesan daripada kemalangan motosikal dua tahun lalu.
Bercerita lanjut mengenai perancangannya, Grace berkata dengan wang lebihan daripada sumbangan yang terkumpul itu, beliau mengimpikan untuk menjual nasi lemak dengan mengedarnya di kedai makan di sekitar Puchong.
"Selepas urusan perpindahan masuk ke rumah ini selesai, saya akan mulakan impian saya itu. Saya juga akan hantar anak ke sekolah," katanya yang berhasrat memiliki sebuah lagi kereta supaya memudahkan pergerakan beliau kelak ketika berniaga.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022
Grace bersyukur ramai yang membantu keluarganya sehinggakan wang sumbangan yang diterima membolehkannya membayar deposit rumah sewa selain melangsaikan hutang lama dan membeli keperluan asas rumah. - BERNAMA
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Musk sertai perbualan telefon Trump dengan Zelenskyy - Laporan
Trump dan Musk berada di Mar-a-Lago, kediaman dan kelab Trump di Palm Beach, ketika panggilan itu dibuat.
Tular isu buli: PIBG MCKK buat laporan polis, mahu ambil tindakan undang-undang
PIBG MCKK membuat laporan polis terhadap tiga pemilik akaun media sosial berhubung kenyataan berunsur fitnah yang dimuat naik di laman sosial.
Foodpanda ambil maklum dakwaan seorang penghantar makanan dizalimi
Foodpanda telah dimaklumkan mengenai dakwaan itu dan akan menghubungi penunggang tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Reaksi 'geram' Raja Charles III undang perhatian di media sosial
Detik itu dirakam ketika upacara pertabalan Raja Charles III di Istana St. James di sini, pada Sabtu lalu.
Dakwa hina B40: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer
Jelas Uncle Kentang, beliau akan membuat tabung pendanaan awam (crowdfunding) untuk membeli komputer buat pelajar berkenaan.
Pemandu lawan arus di Bulatan Cheras dipenjara enam bulan, denda RM8,000
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara enam bulan serta denda RM8,000 selepas didapati memandu secara melawan arus di Bulatan Cheras, Kuala Lumpur pada 13 Disember lalu.
Lagi kenyataan media palsu, Presiden UMNO pula didakwa letak jawatan
Surat yang menggunakan logo UMNO selain tertera nama Setiausaha Agung itu mendakwa Zahid Hamidi letak jawatan sebagai Presiden parti.
Kenyataan media Muhyiddin buat keputusan letak jawatan adalah palsu - Pegawai PMO
"Semua kenyataan (akan) dikeluarkan di Facebook (rasmi Muhyidin Yassin), jika tiada boleh anggap palsu."
"Saya sudah dapat kerja... terima kasih rakyat Malaysia" - Ibu tunggal M40
Kisah ibu tunggal lima anak, Suzanne Anton, 45, membuka mata semua pihak bahawa pandemik turut memberi kesan kepada golongan M40.
Surat lucut keahlian Hishammuddin palsu dan berniat jahat - Setiausaha Kerja UMNO
UMNO menafikan surat berhubung pelucutan keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tular di media sosial pada Jumaat.
Gambar cetus kontroversi: Nadira Isaac minta maaf kepada PU Amin, warga maya
Personaliti media sosial, Nadira Isaac tampil mohon maaf kepada Pencetus Ummah (PU) Amin dan warga maya susulan perkongsian gambar yang tular baru-baru ini.