PUTRAJAYA: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri akan bertemu dengan pengurusan tertinggi syarikat penerbangan Timur Tengah bagi membincangkan sebarang kerjasama masa depan, pada pameran perdagangan Arabian Travel Market 2022 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Tourism Malaysia, lembaga promosi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataannya semalam memaklumkan Nancy kini mengetuai delegasi Malaysia ke acara yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Dubai, dari 9-12 Mei.
Bersama dengan pemain industri pelancongan negara, mereka akan mempromosikan Malaysia ke pasaran Timur Tengah menerusi tarikan terbaru dan destinasi terkini membeli-belah serta keseronokan keluarga, ecoadventure, bulan madu, percutian mewah di samping destinasi pelancongan selamat, sepanjang pameran perdagangan tersebut, menurut kenyataan itu.
Tourism Malaysia memaklumkan delegasi Malaysia terdiri daripada 64 pemain industri daripada 32 organisasi yang mengambil bahagian di bawah Pavilion Malaysia, akan bertemu pembeli dari Timur Tengah.
"Delegasi Malaysia terdiri daripada gabungan hotel dan pusat peranginan, ejen pelancongan, pemilik produk pelancongan, dan wakil daripada lembaga pelancongan negeri.
"Dalam acara empat hari itu, mereka akan mengetengahkan produk dan perkhidmatan pelancongan masing-masing khusus untuk pasaran Timur Tengah," menurut kenyataan itu.
Ia turut menyatakan bahawa Nancy dijadual bertemu dengan pengurusan tertinggi syarikat penerbangan di Timur Tengah seperti Qatar Airways, Emirates, Etihad Airways dan Oman Air bagi membincangkan kerjasama masa depan.
Nancy juga dijadual menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Kolaborasi (MoC) antara Tourism Malaysia dan Emirates di Pavilion Emirates, pada Selasa.
"MoC ini akan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia dan mengukuhkan hubungan ekonomi melalui industri pelancongan antara Malaysia dan UAE," menurut kenyataan itu.
Malaysia telah membuka semula sempadan kepada pelancong antarabangsa bermula 1 April.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022
Nancy dijadual bertemu dengan pengurusan tertinggi syarikat penerbangan di Timur Tengah seperti Qatar Airways, Emirates, Etihad Airways dan Oman Air bagi membincangkan kerjasama masa depan. - Gambar fail/Facebook MOTAC
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara - Nancy
Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara.
KPWKM perkasa CBO, rakan strategik bendung penderaan, keganasan rumah tangga - Nancy
Nancy berkata isu penjagaan keselamatan golongan rentan dalam komuniti khususnya kanak-kanak, golongan kurang upaya serta warga emas tidak boleh dipandang remeh.
JKM kesan 506 taska tidak berdaftar di seluruh negara
Sebanyak 506 buah taman asuhan kanak-kanak (taska) tidak berdaftar dikesan dan berada di bawah tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga 31 Mei 2024.
Isu kekurangan profesional autisme akan diusulkan ke Kementerian Pendidikan - Nancy
Isu kekurangan ahli profesional bertauliah dalam mengendalikan program untuk individu berkeperluan khas, khususnya autisme, akan diusulkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Adik kepada Zayn Rayyan ada ciri kanak-kanak autistik, perlu penjagaan khusus - Nancy
Mempunyai perwatakan autistik antara faktor adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin diberi perlindungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
KPWKM teliti keperluan ujian psikometrik tahunan kepada pengasuh taska
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneliti keperluan menjalankan ujian penilaian psikometrik secara tahunan kepada pengusaha dan pengasuh taska berdaftar.
Kerajaan sedang sediakan Agenda Negara Menua - Nancy
Kerajaan sedang menyediakan Agenda Negara Menua yang menumpukan kepada rancangan pembangunan sosioekonomi jangka sederhana dan panjang.
KPWKM bakal tubuh Jawatankuasa Pelan Tindakan Pasca Cedaw tahun ini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menubuhkan Jawatankuasa Pelan Tindakan Pasca Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw) pada tahun
Lepasan SPM kurang mampu perlu rebut peluang lanjut pelajaran dalam bidang kejururawatan
Penglibatan mereka dalam industri itu mampu memperkukuh keperluan perkhidmatan sektor penjagaan kesihatan Malaysia yang bakal mendepani negara menua.
Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Masalah disiplin remaja merupakan antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu ketika ini.