NIBONG TEBAL: Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus memperkasakan Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) bagi menggerakkan peranan mereka sebagai rakan strategik dalam usaha membendung kes penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga dalam komuniti.
Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata isu penjagaan keselamatan golongan rentan dalam komuniti khususnya kanak-kanak, golongan kurang upaya serta warga emas tidak boleh dipandang remeh dan tugas melindungi mereka adalah tanggungjawab bersama semua pihak di semua peringkat khususnya komuniti setempat.
"Oleh itu, kementerian akan memperkasa organisasi-organisasi ini dengan memberi geran bagi menggerakkan peranan mereka sebagai rakan strategik KPWKM.
"Peranan komuniti seperti Ketua Kampung, Persatuan/ Pertubuhan Komuniti, guru, jiran, sukarelawan lain-lain sangat penting untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa khususnya Kementerian ini," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Replika Cek, Sijil dan Penyerahan Kerusi Roda kepada golongan sasar KPWKM, di Dewan JKK Sungai Kechil di sini pada Ahad.
Pada majlis itu, Nancy turut menyerahkan bantuan kewangan kerajaan bernilai RM558,723.60 kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Puteri Gunung bagi menampung pemberian elaun pelatih OKU, sagu hati penyelia dan petugas, sewaan premis dan utiliti.
Beliau memaklumkan RM133.55 juta disalurkan kerajaan kepada PPDK seluruh negara, manakala sejumlah RM8.43 juta disalurkan kepada PPDK seluruh negeri Pulau Pinang sehingga April lepas.
Sehingga kini, terdapat sebanyak 570 PPDK di seluruh negara termasuk 24 daripadanya terletak di Pulau Pinang.
Program PPDK merupakan strategi dalam pembangunan komuniti setempat bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial Orang Kurang Upaya.
Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Lim Siew Khim dan Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Kebajikan Masyarakat Rosmahwati Ishak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2024

Nancy menyampaikan ucapan pada Majlis Ramah Mesra Bersama Kumpulan Sasar KPWKM di Dewan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Komuniti (JKKK) Sungai Kechil. - Foto BERNAMA

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang
Hanya empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Dasar Wanita Negara 2025-2030 perkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita
Dasar Wanita Negara 2025-2030 dilancarkan secara rasmi pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025, menegaskan komitmen kerajaan dalam memperkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita di Malaysia.

Dasar Wanita Negara 2025-2030 tumpu bantu mangsa keganasan - Nancy
Dasar Wanita Negara 2025-2030 yang dilancarkan hari ini, bertujuan memperhalusi dan menambah baik dasar sedia ada serta memperkukuh lagi langkah penguatkuasaan terhadap pelaku keganasan rumah tangga.

Jangan mudah kongsi, sebar video kanak-kanak mangsa cabul - Nancy
Nancy berkata kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa itu dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan perbuatan menyebar serta berkongsi video berkenaan adalah tidak wajar.

YKN sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir di Sabah
Yayasan Kebajikan Negara (YKN) hari ini menyalurkan sumbangan RM300,000 kepada kerajaan Sabah bagi membantu meringankan beban penduduk terjejas banjir.

Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy
Nancy turut mengesahkan bahawa suspek wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis.

WEC 2025 bincang konsep 'caregiverpreneurship' - Nancy
Konsep 'caregiverpreneurship' akan menjadi antara topik dibincangkan semasa Persidangan Keusahawanan Wanita (WEC) 2025, pada 21 dan 22 Feb ini.

3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy
Sejumlah 3,000 individu telah menerima manfaat menerusi program Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak pada tahun lepas.

JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan bantuan bekalan makanan mencukupi bagi mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.

100 pemimpin wanita sertai program PERANTIS tahun ini - Nancy
Setiap daripada mereka akan menerima sehingga RM50,000 untuk melaksanakan program pembangunan kepimpinan dalam bidang masing-masing.

Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.