KUCHING: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kurang berkemampuan, khususnya penghuni Anjung Sinar Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di seluruh negara perlu merebut peluang untuk melanjutkan pelajaran secara percuma dalam bidang kejururawatan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata penglibatan mereka dalam industri itu mampu memperkukuh keperluan perkhidmatan sektor penjagaan kesihatan Malaysia yang bakal mendepani negara menua.
"Untuk anak-anak di Anjung Sinar, mereka tidak ada tempat tinggal... selepas Tingkatan Lima, mereka tidak ada pekerjaan jadi kita di YKN akan bantu buat padanan kerja dan kembali kepada program seperti ini.
"Program seperti ini yang ditaja sepenuhnya adalah penyelamat mereka, tidak kira bagi mereka yang tinggal di kampung atau menginap di Anjung Sinar, ini peluang yang sangat baik," katanya pada sidang media mengenai Kolej i-System Sarawak di sini hari ini.
Beliau berkata inisiatif pendidikan percuma program Diploma Kejururawatan seperti yang ditawarkan di Kolej i-System mendapat tajaan beberapa hospital swasta di Malaysia.
Nancy berkata sejumlah 385 jururawat disasar dilahirkan menerusi program itu dan tajaan melibatkan kemudahan tempat tinggal serta elaun bulanan berdasarkan lokasi hospital terbabit bagi latihan industri.
Beliau berkata program itu turut menjamin peluang pekerjaan untuk graduan sejurus tamat pengajian di peringkat Diploma.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2024

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri pada sidang media mengenai promosi i-System College hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly
Wujud salah faham berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai.

Pelajar yang tidak hadir SPM perlu diberi peluang kedua melalui TVET - TPM
Ahmad Zahid juga mahukan 10,160 calon SPM yang tidak hadir peperiksaan itu untuk terus memohon untuk memasuki bidang TVET.

Had umur mengundi, jadi calon pilihan raya di Sabah diturunkan kepada usia 18 tahun
Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2019 itu diluluskan dengan sokongan 57 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).