Nama anak panda betina kedua pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang akan ditentukan berdasarkan cadangan pengguna media sosial, kata Duta China ke Malaysia Bai Tian.
Katanya pihaknya akan berbincang dengan kementerian berkaitan untuk bekerjasama dalam membuka penyertaan cadangan nama anak panda itu kepada orang ramai dalam masa terdekat.
"Kami akan mengumumkan penyertaan pengguna media sosial untuk mencadangkan nama anak panda itu apabila tiba masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penampilan Anak Panda di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC), Zoo Negara hari ini.
Katanya kelahiran anak panda kedua pada 14 Jan lalu menjadi lambang persahabatan antara China dan Malaysia selepas anak panda pertama Nuan Nuan dihantar pulang ke China pada 14 Nov tahun lalu sebagai memenuhi syarat perjanjian kedua-dua negara.
Sementara itu, Pengarah Zoologi dan Veterinar Zoo Negara Dr Mat Naim Ramli berkata anak panda betina itu mula dipertontonkan kepada pengunjung hari ini dengan waktu melihat anak panda tersebut terbahagi kepada dua sesi iaitu pada pukul 11 pagi hingga 12.30 tengah hari dan pukul 2 hingga 3.30 petang setiap hari.
Dr Mat Naim berkata anak panda itu dalam keadaan sihat dan beratnya kini mencecah sembilan kilogram pada usia empat bulan.
"Anak panda betina itu kini menampakkan perkembangan tumbesaran yang sangat cepat berbanding Nuan Nuan dan kami menjangkakan akan meletakkannya bersama-sama dengan ibunya di tempat pameran apabila usia mencecah enam bulan," katanya.
Katanya kelahiran anak panda betina itu adalah merupakan di luar musim mengawan pasangan panda yang kebiasaannya berlaku antara April hingga Jun setiap tahun.
"Faktor cuaca di Malaysia serta perkembangan kesihatan pasangan panda yang baik menyumbang kepada kesuburan ketika proses mengawan dan berjaya melahirkan anak panda kedua pada Januari lalu," katanya.
Liang Liang sebelum ini dilaporkan bunting selama 89 hari sebelum melahirkan anaknya secara semula jadi pada kira-kira 7.50 pagi 14 Jan lalu dengan berat 150 gram.
Pada 21 Mei 2014, Malaysia menerima pasangan Xing Xing dan Liang Liang daripada kerajaan China sebagai meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 26 2018

Duta Besar China Ke Malaysia Bai Tian (dua, kanan) hadir untuk melihat sendiri anak beruang panda baharu milik beruang panda Liang Liang dan Xing Xing sewaktu sesi pengenalan kepada para pengamal media di Zoo Negara hari ini. - Foto Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Suasana pilu iringi penghantaran pulang Yi Yi, Sheng Yi ke China
Keletah dua anak panda itu sentiasa menjadi penghibur kepada pengunjung yang tertarik dengan kecomelan haiwan itu.

Anak panda semakin lincah, sambut ulang tahun pertama
Keletah anak panda betina kedua kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari China pada sambutan ulang tahun pertamanya hari ini nyata mencuit hati pengunjung.

Nama anak panda kedua ditentukan berdasarkan cadangan orang ramai - Bai Tian
Nama anak panda betina kedua pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang akan ditentukan berdasarkan cadangan pengguna media sosial.

Anak panda gergasi China diberi nama 'Xuebao' dan 'Qianjin'
Selepas enam bulan dilahrikan, dua ekor anak panda gergasi yang dilahirkan di China akhirnya diberi nama.

Anak panda sihat - Wan Junaidi
Anak panda, yang dilahirkan oleh panda gergasi Liang Liang di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC), sedang membesar dengan baik.