Taman Haiwan Liar Shanghai, dalam satu kenyataan berkata, anak panda jantan yang lahir 4 Oktober tahun lalu diberi nama 'Xuebao' manakala, anak panda betina yang lahir enam hari kemudian diberi nama 'Qianjin'.
Kedua-dua anak panda tersebut, Xuebao dengan berat 20kg dan Qianjin dengan berat 17kg, berada dalam keadaan sihat.

"Dengan pemberian nama ini, proses penjagaan seperti melatih dan memberi mereka makan akan lebih mudah. Hubungan antara mereka dan penjaga juga akan bertambah baik," katanya seperti yang dilaporkan AP.
Kedua-dua anak panda gergasi itu kini menjadi perhatian di taman itu.

Menurut laporan portal tempatan, Shine.cn, Xue Bow bermaksud suci dan berharga selain membawa maksud kesuburan yang baik.
Qianjin pula membawa maksud kesihatan yang baik, kesopanan, keanggunan dan keindahan.