Anak panda, yang dilahirkan oleh panda gergasi Liang Liang di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC), sedang membesar dengan baik, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata kadar kemandirian anak panda itu juga baik.
"Kita tengok bayi panda ini mempunyai tompok pada badan dan mata.
Secara natural, ini menunjukkan bayi panda berada dalam keadaan kesihatan yang amat baik.
"Kadar kemandirian (anak panda) yang dipantau oleh kakitangan di sini, juga menunjukkan tanda-tanda baik," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai perkembangan terkini anak panda itu di GPCC, Zoo Negara di Hulu Klang pada Ahad.
Anak panda itu, yang belum diberi nama, lahir pada 18 Ogos dengan berat 175 gram. Sehingga 16 Sept lepas, beratnya mencecah 1,195 gram.
Kelahiran anak panda itu menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di luar China yang berjaya melahirkan semula panda secara semulajadi dalam kurungan bagi tempoh singkat.
Liang Liang melahirkan anak panda itu dalam tempoh 15 bulan selepas tiba di Malaysia bersama-sama pasangannya Xing Xing pada 21 Mei 2014. Ia mengatasi Jepun yang mempunyai anak panda yang lahir dalam tempoh 18 bulan.
Wan Junaidi turut mengesahkan bahawa anak panda itu akan dihantar kembali ke China apabila umurnya mencapai dua tahun.
"Saya baru baca perjanjian itu dan ia adalah sebahagian daripada syarat-syarat yang telah dipersetujui," katanya.
Beliau berkata sebagai negara tuan rumah, Malaysia perlu membayar sebanyak AS$600,000 kepada Persatuan Pemuliharaan Panda di China sebagai 'hadiah hari jadi' untuk setiap anak panda yang lahir di negara ini.
Wan Junaidi berkata kelahiran anak panda itu dengan selamat adalah hasil kebolehsediaan dan dedikasi petugas GPCC mewujudkan persekitaran yang serupa dengan habitat semulajadi mamalia itu, selain diet yang dijaga rapi iaitu buluh tempatan.
Pengarah Zoologi dan Veterinar, GPCC Dr Mat Naim Ramli berkata Liang Liang juga sihat selepas melahirkan anaknya.
"Liang Liang masih dalam kuarantin dan akan dipindahkan ke kawasan lamanya selepas ia boleh berpisah dengan anaknya.
"Ia juga makan dengan satu tangan sementara satu tangan lagi memegang anaknya. Tanda-tanda (boleh berpisah) ialah apabila ia melepaskan anaknya itu," jelasnya.
Bernama
Mon Sep 21 2015
Anak panda itu, yang belum diberi nama, lahir pada 18 Ogos dengan berat 175 gram. Sehingga 16 Sept lepas, beratnya mencecah 1,195 gram.
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Suasana pilu iringi penghantaran pulang Yi Yi, Sheng Yi ke China
Keletah dua anak panda itu sentiasa menjadi penghibur kepada pengunjung yang tertarik dengan kecomelan haiwan itu.
Anak panda semakin lincah, sambut ulang tahun pertama
Keletah anak panda betina kedua kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari China pada sambutan ulang tahun pertamanya hari ini nyata mencuit hati pengunjung.
Nama anak panda kedua ditentukan berdasarkan cadangan orang ramai - Bai Tian
Nama anak panda betina kedua pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang akan ditentukan berdasarkan cadangan pengguna media sosial.
Anak panda gergasi China diberi nama 'Xuebao' dan 'Qianjin'
Selepas enam bulan dilahrikan, dua ekor anak panda gergasi yang dilahirkan di China akhirnya diberi nama.
Anak panda sihat - Wan Junaidi
Anak panda, yang dilahirkan oleh panda gergasi Liang Liang di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC), sedang membesar dengan baik.