KUALA LUMPUR: Suasana pilu menyelubungi Zoo Negara apabila anak panda gergasi, Yi Yi dan Sheng Yi yang comel dan menjadi sebahagian daripada keluarga di pusat pelancongan itu dihantar pulang ke China hari ini.
Timbalan Presiden Zoo Negara Datuk Rosly @ Rahmat Ahmad Lana berkata kakitangan zoo tidak dapat menahan kesedihan kerana Yi Yi dan Sheng Yi membesar dalam persekitaran Zoo Negara sejak dilahirkan pada 14 Jan 2018 dan 30 Mei 2021.
Beliau berkata keletah dua anak panda itu sentiasa menjadi penghibur kepada pengunjung yang tertarik dengan kecomelan haiwan itu.
"Telatah kedua-duanya yang sepanjang masa suka bermain dan aktif menjadi tarikan pengunjung zoo. Kami bersyukur diberi masa untuk bersama dan terima kasih Yi Yi serta Sheng Yi, kami akan simpan kenangan, tawa dan kasih sayang yang dibawa," katanya selepas Majlis Penghantaran Pulang Anak Panda Gergasi kedua dan ketiga, Yi Yi dan Sheng Yi di Pusat Konservasi Giant Panda, Zoo Negara, di sini hari ini.
Pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi dipinjamkan kepada kerajaan Malaysia pada 2014 untuk tempoh 10 tahun, sempena ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia dan China.
Program pinjaman di bawah Perjanjian Kerjasama Pemuliharaan Panda Gergasi Antarabangsa itu, membolehkan Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan mengenai pemuliharaan haiwan berkenaan, selain membangunkan dan melatih kepakaran tempatan.
Sehingga kini, pasangan panda itu yang dinamakan semula sebagai Xing Xing dan Liang Liang, melahirkan tiga ekor anak panda, iaitu Nuan Nuan yang dilahirkan 18 Ogos 2015, Yi Yi dan Sheng Yi.
Nuan Nuan telah dihantar pulang ke China pada 2017.
Mengikut perjanjian, setiap anak panda berkenaan perlu dihantar pulang ke China apabila usia mencecah 24 bulan dan tidak melebihi usia empat tahun.
Kehadiran haiwan tersebut di Pusat Konservasi Panda Gergasi turut menyumbang kepada peningkatan jumlah pengunjung dan membantu meningkatkan pendapatan Zoo Negara.
Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata penghantaran pulang Yi Yi dan Sheng Yi dilaksanakan sebagai mematuhi Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda yang ditandatangani antara Malaysia dan China itu.
"Yi Yi yang kini berusia lima tahun sepatutnya dihantar pulang pada 2020, tetapi terpaksa ditangguhkan susulan penularan pandemik COVID-19.
"Sheng Yi pula telah mencecah usia 24 bulan pada Mei lepas. CWCA (Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China) telah bersetuju dengan cadangan Malaysia untuk menghantar kedua-dua anak panda ini bersekali," katanya pada sidang media ketika majlis itu.
Dalam pada itu, Huang berkata satu penilaian bersama akan diadakan dengan CWCA bagi menilai pencapaian perjanjian projek kerjasama berkenaan.
Menurutnya penilaian tersebut akan merangkumi aspek tahap kesihatan, pembiakan, pendidikan dan kesedaran awam, penyelidikan serta hubungan dua hala.
"Penghantaran pulang dua anak panda ini bagi tujuan konservasi untuk membolehkan ia bergaul dan membiak dengan panda yang lain.
"Saya berharap panda gergasi yang merupakan utusan khas dari Republik Rakyat China ini dapat menggalakkan lagi persefahaman dan kerjasama erat antara kedua-dua negara," katanya dalam sidang media pada majlis itu yang turut dihadiri Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing dan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Datuk Zaharin Md Arif.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
Keletah dua anak panda itu sentiasa menjadi penghibur kepada pengunjung yang tertarik dengan kecomelan haiwan itu. - Foto Facebook Zoo Negara
Jenayah: Tak puas hati motosikal kena tarik, wanita nekad bakar
Seorang wanita yang tidak berpuas hati kerana motosikalnya ditarik akibat tunggakan bayaran selama 20 bulan bertindak nekad membakar kenderaan tersebut di Pokok Assam, dekat Taiping pada Khamis dan video kejadian itu tular di media sosial.
Kes kucing mati di UM: Polis rakam keterangan tujuh individu
Polis rakam keterangan tujuh individu termasuk pensyarah, pelajar, dan aktivis haiwan berhubung kes kematian kucing di UM. Bedah siasat dijalankan untuk punca sebenar.
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat ulang tahun kepada Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta.
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Polis Serdang lupus barang kes bernilai RM1.8 juta
Polis Serdang melupuskan pelbagai barang kes melibatkan peralatan perjudian, barangan kontraban, rokok dan mesin simulator bernilai RM1.8 juta.
Malaysia perlu perkukuh keselamatan ASEAN
Malaysia dijangka mengambil pendekatan lebih tegas terhadap isu keselamatan ASEAN pada tahun 2025 Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Mohamed Redza Zakaria.
Katanya, langkah ini menekankan kedaulatan negara anggota sambil mempercepatkan rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan.
Katanya, langkah ini menekankan kedaulatan negara anggota sambil mempercepatkan rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan.
[TERKINI] Ramalan cuaca: MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di beberapa kawasan Sabah dan Sarawak.
Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cuba merompak
Seorang lelaki menembak tiga remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas.
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
Pempengaruh Nazirul Hakim meninggal dunia
Berita pemergian personaliti media sosial berusia 29 tahun itu dikongsi rakannya, Mohd Fairuz Abu.
Suasana pilu iringi penghantaran pulang Yi Yi, Sheng Yi ke China
Keletah dua anak panda itu sentiasa menjadi penghibur kepada pengunjung yang tertarik dengan kecomelan haiwan itu.
Anak panda semakin lincah, sambut ulang tahun pertama
Keletah anak panda betina kedua kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari China pada sambutan ulang tahun pertamanya hari ini nyata mencuit hati pengunjung.
Nama anak panda kedua ditentukan berdasarkan cadangan orang ramai - Bai Tian
Nama anak panda betina kedua pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang akan ditentukan berdasarkan cadangan pengguna media sosial.
Anak panda gergasi China diberi nama 'Xuebao' dan 'Qianjin'
Selepas enam bulan dilahrikan, dua ekor anak panda gergasi yang dilahirkan di China akhirnya diberi nama.
Anak panda sihat - Wan Junaidi
Anak panda, yang dilahirkan oleh panda gergasi Liang Liang di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC), sedang membesar dengan baik.