Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa berkongsi pengalaman beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa lawatan kemanusiaan ke Gaza, Palestin baru-baru ini.
Beliau berkongsi kisah penderitaan dan kesusahan yang dialami penduduk negara itu berikutan keganasan rejim Zionis Israel, dengan lebih 1,000 anggota Persatuan Wanita Kebangsaan Malaysia (NCWO) sempena sambutan jubli emas persatuan itu di Dewan Perdana Felda di sini.
Najib yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menceritakan pertemuannya dengan seorang wanita yang kehilangan empat orang anaknya dalam insiden keganasan di wilayah itu.
"Cuba bayangkan ibu yang kehilangan empat orang anaknya kerana keganasan dalam konflik di Gaza dan ibu itu beritahu pada isteri saya bahawa tiap-tiap pagi dia peluk anak-anak dia sebab dia tidak tahu pada akhir hari tersebut sama ada mereka akan bertemu lagi atau tidak.
"Itulah satu cerita yang menyayat hati saya dan isteri selain banyak lagi sebenarnya kisah dan gambaran yang boleh kita jadikan iktibar dan peringatan," katanya dalam ucapan perasmian itu.
Justeru, beliau berharap rakyat di negara ini mensyukuri dan menghargai asas keamanan, keselamatan dan kestabilan yang dikecapi di Malaysia.
Lawatan kemanusiaan Perdana Menteri ke Gaza pada Selasa lepas dilihat membuka mata masyarakat dunia berhubung keprihatinan Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin dan betapa perlunya penindasan rejim Zionis Israel ke atas Palestin dihentikan segera.
Sementara itu, Najib turut membidas sikap pembangkang yang sering memperlekeh usaha baik kerajaan dalam memberi kesejahteraan kepada rakyat dan negara.
Malah, beliau menyifatkan sikap pembangkang itu sebagai tidak konstruktif dalam membuat kritikan terhadap usaha kerajaan yang positif.
"Masalahnya kita ada pembangkang. Kalau kita baik, dia akan cuba perlekehkan. Saya pergi Gaza pun ada orang perlekeh. Bila kita buat Permata pun ada yang nak perlekehkan. Mereka tidak konstruktif dalam kritikan.
"Cubalah kata ini baik, tak apalah kerajaan buat. Kalau baik katalah yang baik. Sepatutnya itulah peranan pembangkang yang konstruktif tapi apapun ia, kita ada masa yang akan tiba tidak lama lagi untuk kita buat penilaian yang mana baik yang mana sebaliknya," katanya.
Bernama
Tue Jan 29 2013

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza
Israel dijangka menerima mayat empat tebusan dari Gaza dan sedang berusaha membawa pulang enam lagi tebusan yang masih hidup Sabtu ini.

Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza
Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Hanya segelintir pemimpin AS setuju ambil alih Gaza - Senator AS
Hanya segelintir pemimpin Amerika Syarikat (AS) yang senada dengan hasrat Presiden AS, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza.

Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.

Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin
Pihak berkuasa Israel membebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin pada Sabtu, selaras dengan perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas dan Saraya Al-Quds, kumpulan bersenjata daripada Jihad Islam, menyerahkan tiga tawanan Israel pada Sabtu.