Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat nilai yang mengekalkan kepentingan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) kepada anggotanya, yang antaranya dapat dimanfaatkan untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan pada dasar-dasar domestik negara masing-masing.
Menyifatkan CHOGM 2013 di Sri Lanka berjaya, Najib berkongsi empat nilai itu dengan media antarabangsa dan Malaysia pada dua sidang media berasingan pada hari terakhir persidangan itu pada Ahad.
Empat nilai itu ialah:
* Penghayatan terhadap nilai asas Komanwel;
* Tema CHOGM yang boleh dimanfaatkan negara-negara anggota;
* CHOGM menjadi pembekal input kepada pelbagai mesyuarat penting lain;
* CHOGM sebagai "thought leader" (peneraju pemikiran) untuk idea.
Najib adalah antara empat pemimpin Komanwel yang diberi penghormatan untuk menyertai sidang media bersama Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa dan Setiausaha Agung Komanwel, Kamalesh Sharma di akhir CHOGM, yang dihadiri kira-kira 200 wartawan negara-negara Komanwel termasuk Malaysia.
Tiga pemimpin lain ialah Presiden Guyana, Donald Rabindranauth Ramotar; Perdana Menteri St Kitts & Nevis, Denzil Douglas; dan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma.
Najib kemudian berkongsi sekali lagi empat nilai berkenaan dengan wartawan Malaysia pada sidang media berasingan sebelum berlepas ke Bangladesh.
Menghuraikan nilai-nilai itu, Najib berkata CHOGM dapat mengukuhkan penghayatan negara-negara Komanwel terhadap nilai-nilai utama seperti mengekalkan prinsip dan amalan demokrasi yang baik dan hak asasi manusia.
"Ini satu kelompok negara-negara yang unik berfungsi dari sejarah bersama. Walaupun negara-negara ini berlainan (diverse), kita tidak seharusnya berpecah (divided)," katanya.
Mengenai tema CHOGM seperti tahun ini iaitu "Pertumbuhan Dengan Ekuiti: Pembangunan Inklusif", ia boleh diterjemahkan dalam bentuk dasar atau polisi domestik, katanya.
"Kita boleh bertukar-tukar maklumat dan pengalaman. Dari situ kita boleh buat perubahan, penambahbaikan pada dasar-dasar dalam negara masing-masing.
"Tema itu boleh dihayati, diterjemahkan untuk kebaikan rakyat negara Komanwel," katanya.
Najib berkata Komanwel boleh menjadi pembekal input kepada pelbagai mesyuarat penting lain seperti Persidangan Perubahan Iklim di Warsaw bulan ini dan Persidangan Menteri Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di Bali.
"CHOGM ini selalu bersidang sebelum sesuatu persidangan yang boleh membuat keputusan.
"Negara-negara Komanwel bila hadir ke persidangan-persidangan itu boleh membawa hasrat dan keputusan dalam menentukan hala tuju mesyuarat atau forum," katanya.
Najib berkata CHOGM boleh menjadi "thought leader" dalam membicarakan isu sejagat seperti isu pembangunan mapan yang pertama kali dicetuskan ketika CHOGM diadakan di Malaysia pada 1989, selain isu hutang negara kecil.
Secara keseluruhannya, Najib berkata CHOGM boleh memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dalam pelbagai isu dunia melalui inputnya seperti kepada Agenda Pembangunan Pasca 2015.
Di akhir CHOGM 2013, 'communique' atau pernyataan 21 muka surat dikeluarkan membabitkan pelbagai isu dipersetujui ketua-ketua negara Komanwel dalam mesyuarat tiga hari itu.
Antaranya mengenai pembangunan inklusif, pengagihan kekayaan secara saksama dan Agenda Pembangunan Pasca 2015 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Bernama
Sun Nov 17 2013
Najib (kiri) di persidangan CHOGM di Sri Lanka. -- fotoBERNAMA
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
CMAG: Malaysia dipilih sambung keahlian bagi penggal ketiga, bukti perjuang nilai tadbir baik
Malaysia dipilih untuk menyambung keahliannya dalam Kumpulan Tindakan Menteri-Menteri Komanwel (CMAG) bagi penggal ketiga, berturut-turut, untuk tempoh 2024-2026.
Mohamad wakili Malaysia dalam mesyuarat CHOGM Ke-27 di Samoa
Menteri Luar akan mewakili Perdana Menteri ke Persidangan Ketua-Ketua Negara/Kerajaan Komanwel Ke-27 (CHOGM 2024) dari 24 hingga 26 Okt 2024 di Apia, Samoa.
Malaysia alu-alukan penganjuran CHOGM ke-27 pada Okt, sahkan komitmen - Wisma Putra
Kementerian Luar pada Isnin (11 Mac), berkata bahawa Malaysia akan membaharui komitmennya kepada Komanwel pada Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-27 di Apia, Samoa, Oktober ini.
Malaysia komited jalin kerjasama dengan Negara Ahli Komanwel
Ini termasuk tadbir urus yang baik, diplomasi kesihatan, pencegahan ekstremisme dan keganasan, pembangunan lestari dan pemerkasaan wanita.
Saifuddin hadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel Ke-26 di Rwanda
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-26 yang akan diadakan di Kigali, Rwanda dari 21 hingga 25 Jun.
Malaysia komited perkukuh kerjasama dengan negara Komanwel lain - Wisma Putra
Malaysia menyertai 53 negara Komanwel lain untuk meraikan ikatan bersama dan sumbangan Negara-Negara Komanwel ke arah mewujudkan persekitaran global yang harmoni.
Malaysia putuskan tidak hos CHOGM 2020 - Anifah
Malaysia telah memutuskan untuk tidak menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel 2020.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka diberi tugasan baharu
Wan Zaidi akan mengendalikan satu tugasan penting berkaitan Malaysia, mempengerusikan Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang dijadualkan pada April 2020.
Bajet 2018: Tahun 2020 diumum Tahun Melawat Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tahun 2022 sebagai Tahun Melawat Malaysia dalam pembentangan Bajet 2018.
Malaysia dilantik tuan rumah CHOGM ke-26 pada 2020
Pelantikan itu merupakan pengiktirafan terhadap peranan penting Malaysia sebagai anggota negara Komanwel sejak 50 tahun lalu.