KUALA LUMPUR: Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan Negara-Negara Ahli Komanwel lain dalam bidang-bidang keutamaan.
Ini termasuk tadbir urus yang baik, diplomasi kesihatan, pencegahan ekstremisme dan keganasan, pembangunan lestari, pemerkasaan wanita dan belia, perdagangan dan isu-isu alam sekitar.
Sempena Hari Komanwel yang disambut setiap Isnin kedua bulan Mac, Wisma Putra berkata, tema sambutan tahun ini ialah 'Satu Masa Depan Bersama yang Berdaya Tahan: Transformasi Kekayaan Kita Bersama.'
"Tema ini menyeru Negara-Negara Ahli untuk mempertingkatkan kerjasama bagi membina daya ketahanan, membuka potensi dan mengukuhkan hubungan digital bagi memastikan Komanwel kekal relevan untuk masa hadapan.
"Hari Komanwel disambut bagi meraikan jalinan dan ikatan persahabatan serta sumbangan Komanwel ke arah keamanan dan keharmonian sejagat.
"Malaysia mengalu-alukan penganjuran Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-27 di Apia, Samoa pada Oktober tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malaysia menyertai Komanwel selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Pertubuhan Komanwel terdiri daripada 56 Negara Ahli yang dahulunya merupakan sebahagian daripada Empayar British.
Afiezy Azaman
Mon Mar 11 2024

Hari Komanwel disambut bagi meraikan jalinan dan ikatan persahabatan serta sumbangan Komanwel ke arah keamanan dan keharmonian sejagat. - Gambar hiasan

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Indonesia lancar dana kekayaan berdaulat bernilai AS$900 bilion
"Danantara akan menjadi pemangkin kemajuan, menghubungkan pelaburan dengan projek utama, mempercepatkan pembangunan ekonomi."

Bayaran tunggakan pencen RM1.7 bilion kiraan kasar, bukan ancaman - KPPA
Ia pengiraan kasar dibuat berdasarkan data-data sedia ada yang kini perlu dirujuk silang dengan rekod perkhidmatan dan dibuat secara bona fide.

Timor-Leste mungkin jadi anggota ke-11 ASEAN pada Oktober ini - Mohamad Hasan
Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur Oktober ini.

Malaysia komited jalin kerjasama dengan Negara Ahli Komanwel
Ini termasuk tadbir urus yang baik, diplomasi kesihatan, pencegahan ekstremisme dan keganasan, pembangunan lestari dan pemerkasaan wanita.

Malaysia komited perkukuh kerjasama dengan negara Komanwel lain - Wisma Putra
Malaysia menyertai 53 negara Komanwel lain untuk meraikan ikatan bersama dan sumbangan Negara-Negara Komanwel ke arah mewujudkan persekitaran global yang harmoni.

Hari Komanwel: Ratu Elizabeth luah penghargaan terhadap barisan hadapan
Baginda turut menekankan kentingan penggunaan teknologi untuk kekal berhubungan dengan ahli keluarga.

Malaysia komited main peranan penting dalam Komanwel
Hari Komanwel, yang jatuh pada 12 Mac, ialah bagi mengingati pencapaian Komanwel sejak penubuhannya pada 1949.

Bina momentum toleransi dalam Piagam Komanwel - Wisma Putra
Malaysia mahu membina momentum kesepakatan antara negara-negara terlibat dengan nilai-nilai toleransi, menghormati dan memahami, ekuiti serta keadilan seperti yang termaktub dalam Piagam Komanwel.