KUALA LUMPUR: Malaysia komited untuk berganding bahu dengan negara-negara Komanwel lain dengan memperkukuhkan kerjasama dalam beberapa bidang keutamaan.
Wisma Putra dalam perutusan sempena Hari Komanwel 2021 hari ini menyatakan, bidang keutamaan itu terdiri daripada langkah mempromosi tadbir urus baik, menangani kesan sosial dan ekonomi akibat pandemik COVID-19, pembangunan lestari, isu-isu alam sekitar, belia, pendidikan serta pemerkasaan wanita.
"Pandemik COVID-19 yang belum pernah berlaku sebelum ini, yang melanda seluruh dunia, telah mengubah cara setiap individu dan organisasi beroperasi serta berfungsi.
"Ketika pandemik itu terus memberikan cabaran kepada seluruh negara Komanwel, Malaysia tetap berharap Komanwel akan menjadi lebih kukuh dalam memerangi pandemik itu menerusi perkongsian inovatif dan pendekatan baharu bagi melindungi kesejahteraan rakyat, terutama golongan yang paling berisiko," katanya.
Hari Komanwel tahun ini disambut pada 8 Mac dengan Malaysia menyertai 53 negara Komanwel lain untuk meraikan ikatan bersama dan sumbangan Negara-Negara Komanwel ke arah mewujudkan persekitaran global yang harmoni.
Selain itu menurut Wisma Putra, Hari Komanwel tahun ini disambut serentak dengan Hari Wanita Antarabangsa yang memberikan peluang khas kepada negara anggota untuk mengiktiraf pemimpin wanita di seluruh Komanwel, yang telah memberikan sumbangan positif kepada pembangunan lestari dan pembinaan masyarakat dengan daya ketahanan.
Tahun ini, Rwanda akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel ke-26 (CHOGM) pada Jun 2021 di Kigali dengan tema 'Menyampaikan Masa Hadapan Bersama: Tersaling Hubung, Berinovatif, Mengubah.'
"Malaysia menantikan CHOGM 2021 yang akan datang di Kigali, Rwanda dan mengulangi komitmennya terhadap pelbagai inisiatif ke arah mencapai keamanan global serta kemakmuran bersama," menurut Wisma Putra.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 08 2021
Malaysia menantikan CHOGM 2021 yang akan datang di Kigali, Rwanda dan mengulangi komitmennya terhadap pelbagai inisiatif ke arah mencapai keamanan global serta kemakmuran bersama. - Gambar fail
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.
Malaysia komited perkukuh kerjasama dengan negara Komanwel lain - Wisma Putra
Malaysia menyertai 53 negara Komanwel lain untuk meraikan ikatan bersama dan sumbangan Negara-Negara Komanwel ke arah mewujudkan persekitaran global yang harmoni.
Tragedi MH370 bakal ke layar perak?
Darlene Tipton berniat untuk menerbitkan filem berkisar tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur lima tahun lalu pada 8 Mac.
Waris mangsa MH370 di China masih berduka kehilangan anggota keluarga
Selepas hampir dua tahun berlalu, keluarga mangsa penumpang di China masih meratapi serta berduka mengenangkan anggota keluarga yang hilang.
Hari Wanita Sedunia disambut hari ini
Hari Wanita Sedunia disambut pada setiap 8 Mac dengan tema tahun ini The Gender Agenda : Gaining Momentum.