Malaysia telah memutuskan untuk tidak menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2020 tetapi terbuka untuk menghoskan acara itu pada masa akan datang, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau berkata disebabkan permintaan yang dibuat oleh beberapa negara anggota Komanwel, penganjuran CHOGM 2020 memang dipertimbangkan oleh Malaysia.
"Bagaimanapun, pada akhirnya, Malaysia telah membuat keputusan untuk tidak menjadi hos," kata beliau dalam satu kenyataan pada Ahad.
Anifah berkata Malaysia sememangnya akan menjadi hos Sidang Kemuncak APEC dan mesyuarat berkaitan pada tahun itu dan di samping itu, terdapat negara anggota Komanwel lain yang menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah CHOGM 2020.
"Demi hubungan baik kita dengan negara-negara berkenaan, Malaysia telah memilih untuk tidak menjadi hos dan sebaliknya memutuskan untuk menganjurkan CHOGM pada masa akan datang," kata beliau.
Kenyataan itu sekaligus mematahkan artikel Sarawak Report yang menurut beliau cuba mengambil kesempatan daripada ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat CHOGM di London.
"Biar saya menekankan satu perkara yang jelas kepada semua - tiada pemimpin politik yang waras dalam masyarakat demokratik yang akan meninggalkan negara untuk menghadiri sebarang mesyuarat di luar negara kurang tiga minggu sebelum pilihan raya umum diadakan," kata Anifah.
Beliau berkata artikel itu bertajuk "UK calls on Malaysia to accept election monitoring and condemns fake news and boundary law" menampakkan tanda-tanda terdesak disebabkan sokongan yang semakin diterima oleh kerajaan dan keadaan pembangkang yang kucar-kacir.
Mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya, Anifah menarik perhatian bahawa kali terakhir persempadan semula dijalankan ialah 15 tahun lalu.
"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya melaksanakan tanggungjawabnya di bawah perlembagaan untuk mengkaji semula dan mengesyorkan pindaan, setiap lapan hingga 10 tahun, untuk menjamin keseimbangan populasi antara kawasan pilihan raya," kata beliau.
Beliau seterusnya berkata Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar disokong oleh 123 anggota parlimen termasuk 10 dari pembangkang sementara 64 undi menentang.
"Ini menunjukkan bahawa lebih ramai wail rakyat yang dipilih berpegang kepada pentingnya hak kebebasan bersuara, ia harus ada batasan terhadap hak ini, dan bahawa ia tidak boleh disalahguna untuk menyebarkan berita palsu atau berita yang tidak disahkan memandangkan kesan negatif yang mungkin timbul akibat penyebarannya," kata beliau.
Anifah juga menyangkal dakwaan berhubung pemerhati luar bagi memantau pilihan raya sambil bekata SPR telah menjemput pemerhati dari 14 negara serta Malaysian Commonwealth Studies Centre of Trinity College, Cambridge yang berpusat di United Kingdom.
Bagaimanapun beliau menyatakan perkara ini: "Demokrasi Malaysia akan dipantau oleh pengundi rakyat Malaysia dan pemilih warga malaysia. Untuk menyatakan bahawa orang lain mempunyai hak, keyupayaan dan kecekapan adalah satu penghinaan kepada setiap pengundi Malaysia."
Anifah berkata pengundi Malaysia terus menarik perhatiannya dengan mesej jelas tentang apa yang mereka mahu untuk diri mereka sendiri dan anak mereka, iaitu ciri-ciri kesopanan dan kebijaksanaan.
-- Bernama
Bernama
Sun Apr 22 2018

ANIFAH: Malaysia terbuka untuk menghoskan acara itu pada masa akan datang.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Indonesia lancar dana kekayaan berdaulat bernilai AS$900 bilion
"Danantara akan menjadi pemangkin kemajuan, menghubungkan pelaburan dengan projek utama, mempercepatkan pembangunan ekonomi."

Bayaran tunggakan pencen RM1.7 bilion kiraan kasar, bukan ancaman - KPPA
Ia pengiraan kasar dibuat berdasarkan data-data sedia ada yang kini perlu dirujuk silang dengan rekod perkhidmatan dan dibuat secara bona fide.

Timor-Leste mungkin jadi anggota ke-11 ASEAN pada Oktober ini - Mohamad Hasan
Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur Oktober ini.

Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.

Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.

Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.

Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.

Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.

Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.

16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.

Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.

PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.