Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor sempena lawatan kerja rasminya ke negeri ini hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan, akan melancarkan pelan itu serta Rancangan Pembangunan Komprehensif Ke-2 Iskandar Malaysia (CDPii) 3/8 pada majlis pelancaran di Stadium Educity, Iskandar Puteri dekat sini.
Pelan pertumbuhan itu merangkumi visi strategik dan komprehensif pembangunan di Johor bagi membangunkan setiap daerah di negeri itu mengikut sektor tertentu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Johor CDPii pula lebih menumpukan kepada aspek pengurusan sosial dan alam sekitar serta prospek pembangunan yang ditawarkan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia.
Sebelum majlis pelancaran itu, Najib dijangka menghadiri perasmian projek pembangunan hartanah Forest City di Gelang Patah, yang akan dirasmikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Projek hartanah itu bakal mewujudkan lebih 220,000 pekerjaan kepada penduduk tempatan menjelang 2035, menerusi penglibatan dalam lapan sektor pertumbuhan industri termasuk bidang pendidikan, penjagaan kesihatan dan pelancongan.
Projek yang bercirikan konsep mesra alam itu, akan dibina di atas empat pulau buatan manusia berkeluasan lebih 1,400 hektar.
Ia merupakan antara projek pembangunan hartanah terbesar di Asia dari segi jumlah unit hartanah yang akan dibangunkan, dan akan dibangunkan dalam sembilan fasa bagi tempoh 20 tahun.
Sebelum mengakhiri lawatan kerja sehari ke negeri ini, Najib kemudiannya akan merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor di Galleria, Johor Bahru.
UTC itu merupakan yang kelapan dirasmikan oleh Perdana Menteri selepas merasmikan dua pusat yang sama di Kuala Lumpur, dan masing-masing satu di Melaka, Perak, Pahang, Kedah dan Sabah itu.
Bernama
Sun Mar 06 2016
UTC Johor Bahru merupakan yang kelapan dirasmikan oleh Perdana Menteri selepas merasmikan dua pusat yang sama di Kuala Lumpur, dan masing-masing satu di Melaka, Perak, Pahang, Kedah dan Sabah. - Gambar Fail
Arkib Negara harap terbitkan Daftar Kata Bahasa Kolokial sebagai usaha martabat bahasa kolokial
Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial bertujuan untuk menaikkan martabat bahasa perbualan yang belum diterokai, dikaji dan didokumentasikan.
FBM KLCI meningkat pada sesi pembukaan menjelang keputusan OPR, pilihan raya presiden AS
Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,615 hingga 1,625 mata.
Cheong Min rindu bergelar juara dunia
Ratu wusyu negara, Tan Cheong Min mengakui rindu untuk mengulangi kejayaan merangkul gelaran juara dunia pada 2019 di Shanghai.
Majlis tontonan Pilihan Raya Presiden AS di Kuala Lumpur
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi majlis tontonan Pilihan Raya Amerika Syarikat yang dianjurkan oleh Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.
Sistem pendidikan asas pembentukan integriti individu - Syed Hamid Albar
Sistem pendidikan negara memainkan peranan utama dalam membentuk konsep integriti yang akan menentukan karakter dan nilai seseorang individu, kata bekas Menteri Luar, Syed Hamid Albar.
AWANI Ringkas: Menangani isu PPR di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 6 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 November 2024
1️⃣ Tumpuan di Sidang Parlimen
2️⃣ Menangani isu PPR di Malaysia
3️⃣ Siapa jadi pilihan antara Trump atau Harris?
#awaniringkas
1️⃣ Tumpuan di Sidang Parlimen
2️⃣ Menangani isu PPR di Malaysia
3️⃣ Siapa jadi pilihan antara Trump atau Harris?
#awaniringkas
AS Memilih: Kesan pilihan raya Presiden AS kepada dunia
Pilihan raya kali ini mungkin akan menjadi antara yang paling sengit dalam sejarah AS. Bagaimana polisi perdagangan Trump dan Harris boleh memberi kesan kepada kedudukan Malaysia dalam hubungan ekonomi dengan kedua-dua kuasa besar ini?
MyCC sudah siapkan laporan kajian kartel padi, beras - Fuziah
Laporan itu adalah antara usaha kerajaan mengawal harga padi dan beras dengan antara tumpuan adalah menumpaskan kartel yang wujud.
Polis tahan dua lelaki disyaki keldai akaun, libat kerugian RM54,000
Polis menahan dua lelaki dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM54,000.
Wanita warga emas rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Wanita berusia 64 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai daripada Kementerian Komunikasi.
KPM pantau keadaan susulan pencemaran bau kimia di Johor Bahru
KPM terus memantau keadaan di beberapa sekolah berhampiran dengan kawasan terlibat dalam kejadian pencemaran bau kimia di Johor Bahru.
Geng Bala tumpas, 11 ahli diberkas
Polis percaya berjaya menumpaskan 'Geng Bala' yang aktif dalam kegiatan samun dan pecah rumah dengan penahanan 11 individu.
Sindiket dadah RM1.85 juta tumpas, ibu dan anak, pasangan kekasih ditahan
Ibu dan anak serta pasangan kekasih antara lima ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah bernilai RM1.85 juta.
Bayi patah kaki disyaki didera: Pengasuh direman tiga hari lagi
Reman terhadap seorang pengasuh dilanjutkan tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes bayi perempuan dua bulan yang patah kaki disyaki didera.
Dua lemas dalam kejadian berasingan di Johor Bahru
Lapan anggota dibantu sebuah jentera FRT dan Unit EMRS dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 petang.
Mahkamah tolak pengakuan salah lelaki abai anak
Hakim menolak pengakuan Roslan yang pada mulanya mengaku bersalah selepas mendapati pengakuan tersebut dibuat secara bersyarat.
Jelajah Jiwa SME 2024 JB labuh tirai, produk inovatif ‘Mi Sayur’ raih pakej media bernilai RM55,600
Siri jelajah Jiwa SME 2024 Johor Bahru melabuhkan tirai dengan produk 'Mi Sayur' oleh Yumny Food muncul sebagai pemenang kategori Penyertaan Terbaik seterusnya meraih pakej media bernilai RM55,600.
Ketua sindiket antara 14 ditahan, dadah RM11.6 juta dirampas
Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas dadah bernilai RM11.6 juta, dalam serbuan di sekitar Johor Bahru.
Johor rancang buka 10 lagi pusat data
Johor merancang untuk membuka 10 lagi pusat data di negeri berkenaan bagi menarik pelabur luar sekali gus meningkatkan pertumbuhan kadar ekonomi serta peluang pekerjaan.