JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sungai semasa memancing di Kampung Sri Purnama, Tebrau di sini, semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penguasa Bomba Kanan II, Noor Azhan Ahmad berkata, lapan anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 petang.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemukan mangsa, Dol Khadir Ibrahim, 68, pada jam 3.51 petang di tebing sungai tidak jauh berhampiran lokasi mangsa jatuh.
"Pihak bomba menyerahkan mayat kepada pihak polis. Operasi SAR tamat pada jam 4.15 petang," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Sementara itu, di TANGKAK, seorang pemuda ditemui lemas selepas terjatuh dalam kolam di kebun durian di Kampung Teratai, Sengkang, semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Farizan Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut jam 11.42 pagi.
"Seramai lapan anggota dengan satu jentera FRT dan satu pacuan empat roda Hilux digerakkan ke tempat kejadian.
"Pihak bomba membuat pencarian dengan kaedah 'surface searching' menggunakan 'grappling iron'.
"Mangsa, Tay Liu Xin yang berusia 29 tahun ditemui pada jam 12.57 tengah hari," katanya dalam kenyataan berasingan.
Jelasnya, mangsa didapati sudah meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi tamat pada jam 2.12 petang. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 23 2024
Seorang warga emas terjatuh dalam sungai semasa memancing sebelum lemas di Kampung Sri Purnama, Terbau, Johor Bahru pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Lubang benam: Pasukan penyelamat bina tanjakan selamatkan pemandu trak
Pasukan tersebut berdepan kesukaran kerana lubang benam itu yang kini sepanjang sebuah kolam renang Olimpik, terus melebar sejak 28 Januari.
#AWANIRingkas 2 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 2 Februari 2025
1️⃣ Mangsa berkurangan ke 13,139 setakat 6 pagi Ahad
2️⃣ Aktiviti perdagangan dijangka meningkat
3️⃣ Kerajaan negeri Selangor panggil pihak pengurusan
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa berkurangan ke 13,139 setakat 6 pagi Ahad
2️⃣ Aktiviti perdagangan dijangka meningkat
3️⃣ Kerajaan negeri Selangor panggil pihak pengurusan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Kerajaan negeri Selangor panggil pihak pengurusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Salah buktikan kualiti dengan gol berganda ke atas Bournemouth - Slot
Kemenangan itu menyaksikan Liverpool kini berkelebihan sembilan mata di tangga teratas EPL.
Mangsa banjir di Sarawak masih lepasi angka 12,000, di Sabah turut meningkat
Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan namun masih melepasi angka 12,000 orang pagi ini.
Somalia bantu AS pertahan negara daripada ISIS
Somalia menerusi pasukan keselamatan puntland dilaporkan menawan beberapa lokasi penting yang didakwa menjadi sarang operasi kumpulan pelampau ISIS di wilayah itu.
Langkah itu sejajar dengan Arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkenaan pelancaran serangan udara bagi menyasar perancang serangan kanan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.
Langkah itu sejajar dengan Arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkenaan pelancaran serangan udara bagi menyasar perancang serangan kanan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.
Cadangan penutupan jalan secara kekal di Banda Hilir masih di peringkat kajian
Cadangan penutupan jalan secara kekal di kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini, masih di peringkat kajian.
Dua beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri
Lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.
Herry perlu masa tingkatkan prestasi Khai Xing-Aaron
Herry IP menyifatkan pasangan muda negara itu memiliki kualiti permainan yang agak bagus ketika ini.
Ungku Attufayl Adl nama pilihan untuk anak ketiga Jihan Muse
Nama unik anak ketiga Jihan Muse dan Ungku Hariz jadi perhatian.
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam tadi.
Lelaki Pakistan lemas ketika mandi-manda di pantai Port Dickson
Percutian sekumpulan pekerja dari Klang, Selangor bertukar tragedi apabila seorang daripadanya ditemukan lemas ketika mandi-manda di Pantai Batu 5, Port Dickson dekat sini semalam.
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
Lelaki jatuh bot di Rompin ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari sebuah bot di Jeti Sungai Puteri, Kuala Rompin, Rompin, Sabtu lepas ditemukan lemas hari ini.
Orang Asli terjatuh bot di Tasik Bera ditemukan lemas
Mayat Sabri Juaram, 49, dijumpai pada 10.05 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.
Dua lemas ketika mandi di Pantai Bayu Impian
Dua ditemukan lemas sementara empat lagi terselamat ketika mandi di Pantai Bayu Impian.
Kanak-kanak enam tahun lemas, jatuh sungai ketika memancing
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan lemas di dalam sungai di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok, hari ini.
Lelaki hilang empat hari ditemui lemas di Pulau Pangkor
Kira-kira jam 11.24 pagi Rabu, Balai Polis Pangkor menerima maklumat awam berkaitan penemuan mayat itu.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Kanak-kanak autistik tujuh tahun dikhuatiri hilang terjatuh longkang
Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor, di sini, hari ini.