Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II KUP Yusri Mat Ghani berkata Ahmad Ammar Rafaeil Ahmad Ridtauden sedang mandi di pantai itu bersama tiga rakan yang lain sebelum dihanyutkan ombak dan arus deras pada kira-kira 6.15 petang.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Sistem Mers 999 dan lapan anggota dikerahkan untuk melaksanakan operasi mencari serta menyelamat yang turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pengkalan Kubor, Tumpat.
"Mayat ditemui anggota kami pada jarak satu kilometer dari tempat mangsa lemas sebelum dibawa ke tepi pantai," katanya dalam kenyataan.
-- BERNAMA